Berusaha untuk bangkit dalam hidup

Berusaha untuk bangkit dalam hidup| Agak lama juga saya tidak mengemaskini blog ini. Tidak dinafikan, perasaan janggal untuk mendapatkan rentak menulis semula mula timbul tatkala entri ini ditulis. Biar apa pun kisahnya, saya perlu menulis juga walaupun tidak sekerap seperti dahulu. Kekangan masa pada saat ini membataskan sedikit usaha menarik pengunjung agar berterusan membaca blog ini. Mungkin tidak keterlaluan jika saya menganggap, saya agak terkebelakang dengan beberapa isu hangat dan terkini di negara ini.

cabaran hidup, mengatasi cabaran hidup, hidup sukar

Masih wujudkah pengunjung setia blog usang ini? Masih relevankah kewujudan blog ini? Walau apapun persepsi saya ke atas blog ini, Google Adsense sentiasa memberi impak tersendiri terhadap entri-entri lama. Beberapa pengunjung juga mampu berinteraksi dengan saya melalui beberapa platform hubungan yang telah saya sediakan. Alhamdulillah. Dengan kata lain, masih ada asas untuk blog ini terus bertahan. Bezanya cuma idea menulis blog datang dan pergi. InsyaAllah.

Pada saat ini, saya telah berpindah ke tempat kerja yang baharu daripada bekerja di Jabatan Kimia Cawangan Sibu sejak April yang lalu. Oleh itu, beberapa perubahan dalam hidup seharian pastinya berlaku. Sememangnya amat sukar untuk seseorang meninggalkan sesuatu pada tahap yang selesa. Pekerjaan mahupun kehidupan seharian. Apatah lagi meninggalkan rakan-rakan seperjuangan yang sangat rapat. Ianya satu keputusan yang sangat sukar. Sibu, Sarawak pernah menjadi tempat bermastautin yang tidak akan pernah saya lupakan. Satu bandar kecil yang banyak mengajar saya erti kehidupan. Selama empat tahun berkelana, saya terpaksa mencuba ranjau baru dan keluar daripada ruangan selesa saya. Alhamdulillah diberikan kesempatan berpindah ke Kuching, Sarawak pula.

Perjuangan seorang perantau seperti saya harus diteruskan. Biar di mana pun tempat berpijak, di situ juga saya meneruskan saki baki hidup ini. Sehingga kini, beberapa perkara yang berlaku akibat perubahan tempat bermastautin masih melalui proses "settle down". Untuk menuju ke ruang selesa, banyak cabaran yang perlu kita lalui. Itulah realiti kehidupan. Walau bagaimanapun, senyuman adalah ubat kepada kesakitan, kejayaan adalah penawar kepahitan.

Entri kosong ini sengaja dikongsi kepada anda semua sebagai bacaan santai dan salam pertemuan kembali pembaca blog ini, rakan-rakan blogger yang telah lama saya tinggalkan. Namun saya tahu, perjuangan saya terhadap blog ini harus saya selesaikan. Banyak lagi ruang yang perlu saya terokai. Untuk menjadi yang terbaik mungkin agak sukar. Apa yang penting, saya masih mampu menyampaikan sesuatu yang bermanfaat kepada pembaca semua. Isu blog tidak relevan? Ianya mustahil.

Harapan saya sentiasa sama sejak dahulu. Blog ini terus memberikan sesuatu kepada masyarakat dengan cara saya sendiri. Bukan untuk mengejar nama, tapi ini hanyalah hobi peribadi. Menulis dan terus menulis biarpun tanpa pengisian ilmiah pada entri tertentu kerana saya sedar di mana kedudukan saya. Sebanyak mana yang kita mampu usahakan, itulah hasil yang akan kita dapat sesuai dengannya. Akhir kata, terima kasih membaca entri ini, kerana ini adalah permulaan kepada entri-entri berikutnya. Semoga dipermudahkan. Doakan saya bangkit kembali dan saya terus bertahan dalam menghadapi cabaran hidup di dunia ini. Amin. Wallahualam.

12 Comments

Well come back
Rindu dengan entri2 terbaru Azlan

Terima kasih Pak Cik WP... InsyaAllah akan diusahakan...

selamat kembali Azlan..semoga ditempat baru tetap sempat untuk menulis.

Terima kasih sis... InsyaAllah...

Oh! al-kisahnya begitu tertanya-tanya jugak Mrs. A hehehehe...
Semoga dipermudahkan segala urusan In Sha Allah rezeki ada di mana-mana asalkan kita rajin berusaha.

Haha, InsyaAllah terima kasih Mrs.A...

Apa pun situasi..moga dipermudahkan semuanya...terus berkarya kerana mungkin ini juga antara salah satu semaian yang hasilnya untuk dirasai di SANA kelak.

teruskan usaha..tahniah dapat pindah ke Bandar Besar Kuching..pasti ada sesuatu yang harus di kongsikan..berceritalah ..kadang cerita dari hati ikhlas pasti menyentap peminat blog

InsyaAllah, amin... Mudah-mudahan...

Terima kasih masih sudi singgah ke blog ini... InsyaAllah akan ada cerita pada masa hadapan...

Suatu masa jumpa Nazlan di Kuching ya

InsyaAllah.. Semoga dipermudahkan...

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati dan sebagainya yang secara jelas menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - SKMM.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi.

Don't hesitate to contact me at azlan7783@gmail.com for any review, advertorial or anything else.
EmoticonEmoticon