Friday, September 21, 2018

Program Lawak: Astro perlu lakukan sesuatu

Program Lawak: Astro perlu lakukan sesuatu| Baru-baru ini, saya berpeluang menonton pelbagai program Lawak edisi tahun sebelum-sebelumnya memandangkan Astro memberikan siaran percuma yang berakhir pada 18 September 2018. Terima kasih kepada Astro. Banyak juga siaran drama lain, filem dan sebagainya telah ditonton bersama keluarga kecil saya sepanjang siaran percuma tersebut. Walau bagaimanapun, ada sesuatu yang tidak sesuai ditonton oleh anak saya menurut pandangan peribadi saya. Ianya sesuatu yang perlu saya ulas di sini agar menjadi persoalan kepada diri kita semua, "Sejauh ini mampu mereka persembahkan kepada penonton?".

Program Lawak, Maharaja Lawak, Super Spontan, Lawak Astro

Seperti yang kita semua tahu,  program lawak Astro adalah program hiburan yang sarat dengan jenaka dan gelak ketawa. Seperti juga program Maharaja Lawak, Super Spontan dan sebagainya. Namun dalam riuh rendah kita mengukir tawa di layar penyiaran, pelbagai kaedah menghiburkan perlu ada batasan sandiwaranya. Oleh kerana itu, saya tidak meneruskan niat untuk menonton siaran lawak dengan bebasnya memandangkan ianya ditonton sekali bersama keluarga saya. Sama ada perlu atau tidak, tontonan umum adalah tidak sesuai dilabelkan kepada rancangan televisyen tersebut. Mengapa saya berkata begitu?

"Melentur buluh biar dari rebungnya". Saya setuju kenyataan Abam (Bocey) bahawa dia akan cuba menjaga tutur bahasa dalam lawaknya. Saya menyokong usaha murni beliau. Namun secara keseluruhannya, boleh saya katakan ianya (mereka) semakin melampui batasnya.

Bodoh, Bangang, Bongok, Kepala Otak Kau dan beberapa perkataan lagi yang saya kira tidak sepatutnya digunakan dalam pementasan langsung siaran televisyen apatah lagi sebagai ikon, artis yang mempunyai pengikut, sentiasa diperhatikan, melakukan hal yang sedemikian rupa. Ianya tidak selari dengan apa yang diwar-warkan oleh iklan "Adab kat mana?". Pernah anda tonton kempen tersebut? Jika ia diucapkan di belakang pentas atau di luar daripada pementasan, ianya hak individu. Apa yang dilihat oleh penonton, ianya boleh menjadi ikutan apatah lagi sketsa itu ditonton oleh kanak-kanak juga.

Saya tidak mengatakan bahawa rancangan Korea terlalu bagus namun pihak pengurusan penerbitan mereka telah menetapkan peraturan siaran televisyen jauh lebih baik berbanding di negara ini. Banyak syarat dan peraturan yang mampu mendidik artis mereka supaya menjaga had tutur kata, batas lawak dan sebagainya. Ianya sangat ketara dan jelas. Namun di negara ini yang mempunyai rata-rata pelawak beragama Islam telah menyimpang sedikit demi sedikit sehinggakan ianya sudah menjadi budaya (barah) dalam mana-mana pementasan lawak diadakan.

Saya lebih gemar dengan pelawak "stand up comedian" seperti Harith Iskandar yang lebih mempunyai karisma, kelas tersendiri dan paling penting tidak berlebih-lebihan dalam perbuatan lawaknya. Tidak perlu membaling barang sana-sini di atas pentas untuk membuat orang ketawa dan paling penting MC (Master of Ceremonies) sepatutnya mengawal keadaan dan perilaku artis dan bukannya seperti Dato AC Mizal (dia juga sama seperti mereka). Wajarkah mereka mengambil serius perkara ini? Wallahualam.

12 comments:

  1. Lama tak singgah sini.. Kadang nak bergurau atau melawak kena ada batas juga ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya benar, lebih-lebih lagi mereka itu selebriti...

      Delete
  2. salam singgah. saya setuju sangat. memang menda lawak tapi impak nya sangat besar :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah sini, sikit-sikit lama-lama jadi penyakit...

      Delete
  3. Ye, biarlah bertatasusila melawak.
    Menghibur sambil mendidik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak dapat pelawak begitu sekarang... mendidik...

      Delete
  4. Pertama.Ada segelintirnya sudah pun ditegur namun seolah tidak boleh menerima teguran.

    Kedua.Mungkin pihak tertentu beranggapan mendidik itu HANYA tugas ibu bapa anak-anak sahaja bukan tugas individu atau orang kain selain ibu bapa justeru banyak hal diambil mudah dan ringan.

    Begitulah apa yang berlaku dewasa ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar sis, zaman sekarang orang sukar menerima teguran membina...

      Delete
  5. Rindunya dengan N A..begitu lama baru ada artikal..
    Sama lah dengan Etuza kekadang ja ada artikal..sukar nak mantain seperti blogger lain yag benar2 kometed

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Bang... Agak sibuk kebelakangan ni, lagipun susah nak akses ke blog sekarang ni... hihi

      Delete
  6. Assalamualaikum Tuan NA,
    Frankly speaking LZ memang tak pasang Astro di rumah dan tak pernah rasa rugi atau ketinggalan sebab takde Astro. Mengapa? Salah satu sebab Astro terlalu banyak hiburan yang takde pengisian seperti yang Tn AA kongsi ini. Melawak guna bahasa kasar, lucah etc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, saya juga dalam pertimbangan nak terminate Astro..

      Delete