Ayat cinta yang tidak boleh dipercayai

Ayat cinta yang tidak boleh dipercayai| Ayat cinta atau kata-kata cinta. Masa bercinta semuanya indah belaka. Bak kata lirik lagu Haida, "Sesaat tak bersua bagai berabad tidak berjumpa, Rindu merasuk diri kesetengah mati, Buruk dimata orang pada matamu indah belaka, Tiada walau sekuman cacat cela". Semuanya manis belaka. Namun yang indah tidak semestinya berakhir dengan senyuman. Adakala juga berakhir dengan kedukaan. Begitulah ibarat dalam percintaan. Ada yang berjaya sampai hingga ke jinjang pelamin, ada yang musnah di tengah jalan. Walaupun jodoh dan pertemuan telah ditentukan qada dan qadar, percayalah beberapa potong ayat cinta yang tidak boleh dipercayai sepenuhnya sebelum ikatan percintaan itu benar-benar sah dan kekal.

Ayat cinta yang tidak boleh dipercayai, kata-kata cinta, ayat-ayat cinta, kata cinta, ayat manis

"Tolong percaya saya". Kata-kata ini sangat mendesak untuk menyakinkan pasangan. Biasanya dilafazkan pada peringkat genting untuk membuatkan pasangan percaya dan meneruskan hubungan seperti biasa. Tanpa mencari, melihat dan menyelidik kebenaran, anda mungkin akan menjadi buta kerana cinta dan kekal terpedaya dengan kata-kata tersebut. Dalam bahasa Inggeris, "Please trust me" boleh membuat anda semakin hanyut dalam kegelapan cinta. Sesekali dilafazkan boleh dimaafkan tetapi jika kata-kata ini acapkali diucapkan, maka tiada yang istimewa dengan kata-kata "Tolong percaya saya".

"Saya sedang sibuk" boleh jadi kata cinta untuk mengelak dan menyediakan ruang secukupnya untuk berfikir kembali hubungan cinta antara pasangan masing-masing. Namun jika ianya bersesuaian dengan bidang kerja pasangan, ia boleh menjadi kata-kata yang benar. Jika ia sebaliknya, ia mampu menjadi kata-kata yang cukup dusta. Sebagai contoh, andai pasangan anda mempunyai waktu kerja pejabat 08.00 AM hingga 05.00 PM, sangat mustahil ia sangat sibuk pada jam 9.00 malam setiap hari kecuali dia masih lagi mahu bermain-main dengan pasangannya. Namun jangan terlalu mendesak untuk dia mengemaskini aktivitinya kerana ia akan membuatkan pasangan anda meluat dengan sikap anda. Lebih baik tinggalkan dia kerana dia akan menjadi sangat sibuk setelah berkahwin dengan anda.

"Saya sayang awak, saya rindu awak" adalah kata-kata yang kerap kali diucapkan dalam perhubungan. Apabila ia terlalu senang dilafazkan maka ianya bukan kata-kata yang sangat bernilai pada masa ini. Untuk menilai sayang dan cinta seseorang kepada seseorang, nilailah dengan perbuatannya. Seseorang yang sayang dan cinta kepada seseorang yang lain akan menjaga seseorang itu sehingga dia memperisterikan/bersuamikan orang itu. Dengan kata lain, menjaga itu bermaksud menjaga batas-batas yang sepatutnya dalam perhubungan, menjaga hubungan dengan keluarga pasangannya dan menjaga adabnya dengan pasangan masing-masing. Jika anda disakiti saat bercinta, ianya bukan jaminan anda bahagia selepas berkahwin.

"Susah senang kita bersama selamanya" satu lagi kata-kata yang boleh buat anda menderita. Duit tidak boleh membeli cinta tetapi dengan duit anda boleh hidup bersama. Jika anda faham maksud hidup bersama adalah pasangan bercinta bersama-sama mengharungi jenis ujian dalam rumahtangga selepas berkahwin. Begitu banyak kes pasangan meninggalkan pasangan masing-masing ketika diuji dengan kesusahan dan mencari kesenangan baru bersama orang lain. Walaupun terdapat kes pasangan tetap setia bersama pasangannya, namun pasangan anda ketika bercinta belum tentu sanggup bersama ketika anda berada dalam keadaan susah. Ya, sangat ramai yang mahukan bersama pasangan ketika senang sahaja.

"Saya akan menunggu awak" sangat jarang ditemui orang yang sanggup menunggu seseorang dalam keadaan belum mempunyai ikatan yang sah. Sudah tentu ada pasangan suami/isteri yang sanggup tunggu pasangannya biarpun mereka telah pergi selamanya. Dalam kes percintaan, sudah tentu anda tidak boleh mempercayainya kerana tujuan asal bercinta adalah untuk mencari pasangan untuk dikahwini dan apabila sampai pada masa yang mendesak, mereka yang menunggu akan mencari orang lain untuk dikahwini. Dengan bahasa mudahnya, ya mereka sanggup menunggu namun ianya sangat terhad pada satu tempoh sahaja dan bukan selamanya bergantung kepada kesanggupan dia menunggu.

"Saya tidak akan curang" adalah ayat yang sering diucapkan oleh pasangan bercinta namun hakikatnya dia mungkin tidak boleh dipercayai selari dengan kata-katanya. Apalagi jika dia mengucapkan "Saya seorang yang setia" kepada anda pada peringkat awal percintaan. Hal ini kerana, kata-kata ini adalah kata-kata yang perlu dibuktikan dengan tindakan dan bukan sahaja diucapkan dengan bahasa yang manis sahaja. Ayat-ayat manis menggoda telah saya ulas sebelum ini. Sudah tentu anda perlu berhati-hati dengan ayat ini memandangkan ini adalah ayat penyelamat si pasangan yang curang ketika cintanya diragui.

"Saya tidak akan permainkan perasaan awak". Benarkah? Sudah tentu tidak jika anda pernah dikecewakan. Kata-kata ini sangat mengguris hati jika diingati namun jika anda sanggup percaya 100% terhadap pasangan anda, anda mungkin akan merasa kecewa di kemudian hari. Bertahun-tahun bercinta bukan menjamin dia hak milik kekal anda kerana hati boleh berubah selari dengan keinginannya. Jika semua keinginannya telah dinikmati sebelum dia berkahwin maka apalagi gunanya barang yang telah lusuh dan lama. Oleh itu, berhati-hati semasa bercinta agar tidak menjadi mainan perasaan kerana sekali anda jatuh cinta pada pasangan yang suka mempermainkan perasaan orang lain, anda akan hadapai perasaan kecewa dan menangis kesedihan.

"Lautan api sanggup ku renangi, gunung yang tinggi sanggup ku daki". Kata-kata ini langsung tidak relevan dalam percintaan kini kerana perumpamaan ini mampu menyokong kata-kata cinta yang lain. Bermadah berhelah dari mulut yang sangat manis akan menjerat anda ke lembah kegagalan dalam bercinta. Realitinya tidak seindah ucapannya, kerana jika benar ada api dihadapannya, mustahil pasangan anda mampu meredahnya. Jadi jangan percaya kata-kata bermadah pada peringkat bercinta kerana seperti yang saya maklumkan sebentar tadi, apabila episod percintaan itu diduga, mungkin dia akan meninggalkan anda bersendirian.

"Saya sayang kamu kerana Allah SWT". Sungguh ramai orang menjadikan agama sebagai tunggangannya. Walaupun mereka yang mengucapkan kata-kata itu sentiasa berketayap, ia mungkin bukan dari hati yang iklas dan jujur. Kata-kata tersebut diucapkan seolah-olah sebagai kata-kata yang tulus namun jika terpedaya, anda mungkin boleh menjadi isteri ke-4 kepada pasangan anda. Oleh itu berhati-hati jika bercinta dengan golongan Pak Haji ini kerana jika tidak dikawal, agama digendongnya akan mengaburi pandangan anda berkenaan cinta.

Cinta bukan sahaja perlu dibuktikan dengan kata-kata. Cinta harus dijelmakan dengan perbuatan sifat kasih sayang yang ikhlas dan diterima oleh kedua-dua pasangan yang bercinta. Ianya tidak boleh ada perasaan mendesak untuk diterima antara satu sama lain. Sama ada lelaki atau perempuan. Jika terdapat percanggahan yang besar dalam perhubungan, maka seeloknya berpisah pada peringkat permulaan sahaja kerana pada masa itu, hati anda belum benar-benar dimiliki dan memiliki. Jika anda telah menyerahkan separuh jiwa kepada pasangan anda, amat sukar untuk anda keluar dari belenggu cinta tersebut. Wallahualam.

This Is The Newest Post

13 Comments

Banyak cakap dan janji sebenarnya potensi untuk berbohong atau mungkiri itu tinggi.Tidak dinafi ada sahaja yang cakap da berjanji tetap dituai dan ditepati,,namun boleh dibilang dengan jari.itu rezeki.Cinta itu augerah.Rezeki yang Allah pinjamkan untuk dijaga.Bukan untuk dijadikan umpan menyakiti dan memusnahkan orang lain dan masa hadapannya.Diam dan buktikan rasa cinta pada pasangan dan Allah SWT itu lebih baik.

Bila baca ada benarnya hujah Ejul ni. balik kepada hukum alam, tiada yang kekal melainkan keimanan kita terhadapNya, kecintaan kita kepada Allah yang satu

Ya, setuju dengan sis.. Bila banyak janji tidak ditepati, makin banyak hati disakiti....

Ayat2 cinta dah tak releven di alam rumah tangga, hehe.

Kalau zaman bercinta terlalu banyak sangat penggunaan aya-ayat cinta bimbang di alam rumahtangga nanti tak mampu pula nak merealisasikannya.
Lalu keluarkan ayat janji dicapati.

Haha, betul juga kan, bila dah dapat lalu diabaikan...

pd sy, kata2 manis bukan lambang / jaminan dlm percintaan sebaliknya tindakan yg disusuli selepas mengungkapkan kata2 tersebut...

Saya nak tunjuk post ni pada kawan saya biar dia baca. He loves this kind of post :)

senang cerita cari bakal lelaki yg tak banyak cakap. Banyak janji byklah yg dimungkiri..

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati dan sebagainya yang secara jelas menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - SKMM.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi.

Don't hesitate to contact me at azlan7783@gmail.com for any review, advertorial or anything else.
EmoticonEmoticon