Cara bentuk kemahiran komunikasi anak

Cara bentuk kemahiran komunikasi anakMenggalakkan anak berkomunikasi dengan berkesan adalah dengan cara meningkatkan kemahiran komunikasinya terlebih dahulu. Perkongsian ini adalah tentang cara tingkatkan kemahiran anak untuk petah bercakap dan mahir berkomunikasi dengan orang lain. Apabila ianya disebut kemahiran makanya boleh dibentuk, dilatih dan boleh diajar. Jika kita sebut seseorang itu sangat berbakat, bererti betapa cepat seseorang itu menguasai kemahiran tertentu berbanding orang lain. Dalam entri ini saya akan menfokuskan tentang bagaimana cara untuk membentuk kemahiran berkomunikasi anak terhadap orang lain dengan beberapa idea yang akan disebutkan di sini supaya kita bersama-sama beroleh manfaatnya.

cara bentuk kemahiran komunikasi anak, mengembangkan kemampuan komunikasi, Kemahiran komunikasi

Beberapa cara bentuk kemahiran komunikasi anak telah saya simpulkan seperti dibawah untuk dimanfaatkan oleh  ibu bapa. Ianya kaedah bersifat diskusif secara intelektual yang boleh dibahaskan jika anda tidak bersetuju dengan kenyataan ini.

  • Rangsang deria kanak-kanak: Membangunkan kemahiran anak pada usia kecil adalah agak sukar jika ibu bapa tidak "memandu" mereka ke arah yang betul. Mereka sangat mudah dilatih, mengikuti dan mengingati setiap apa yang mereka hadapi setiap hari. Sekiranya elemen deria kanak-kanak berfungsi dengan berkesan, ianya berperanan mempercepatkan proses perkembangan kemahiran anak-anak. Ianya bukan hanya berkenaan sesuatu yang mereka mahu mendengar sahaja, ianya lebih daripada itu. Ianya memerlukan interaksi dua hala antara kanak-kanak dan orang yang sangat dipercayainya. Dalam situasi ini, ibu bapa adalah insan yang lebih layak dipercayai berbanding guru atau rakan-rakan di sekolah. Tahap perkembangan kanak-kanak dari 2 hingga 7 tahun.
  • Kaedah Dengar dan Cakap: Seeloknya, ibu bapa memberi ruang yang secukupnya untuk anak memberikan pandangan berkenaan apa yang mereka fikirkan. Kaedah dengar dan cakap adalah sangat digalakkan dan bukan sahaja ibu bapa ingin mereka dengar dan dengar sahaja. Kita tidak mahu menjadikan mereka membantah dengan terpaksa dan boleh menjadikan mereka memberontak dengan emosi marah. Ianya sangat tidak adil jika mereka terpaksa mempertahankan diri dengan emosi yang marah. Lama-kelamaan mereka tidak akan menghormati hubungan interaksi walau dengan sesiapapun mereka bercakap kerana situasi hormat dalam interaksi telah terhakis sejak mereka kecil.
  • Gunakan bahasa yang positif: Satu perkara yang seringkali ibu bapa gagal lakukan adalah menggunakan bahasa yang positif dan sopan kepada anak-anak semasa menasihati mereka. Nasihat ibu bapa kepada anak-anak sentiasa diperlukan mereka. Apabila sesuatu komunikasi berlaku dalam suasana amarah membuak-buak dan lontaran bahasa yang kesat, ianya tidak mendatangkan faedah positif untuk kedua-dua pihak. Jika kita meletakkan diri kita pada pihak seorang anak, ianya menyamai diri kita dimarahi dan dimaki bos ditempat kerja. Oleh itu, bahasa yang positif akan memberi kesan mendalam dalam diri seorang kanak-kanak. Setiap apa yang ibu bapa ucapkan kepada mereka, mereka akan menggunakan perkataan yang sama kepada orang lain. Pada akhirnya, caci maki adalah bahasa yang diiktiraf menjadi bahasa komunikasi di negara ini.
  • Perbetulkan kesalahan mereka dengan kaedah yang betul: Seringkali ibu bapa tidak memberi idea kepada anak-anak berkenaan apa yang patut mereka lakukan jika mereka dimarahi kerana melakukan hal dengan salah. Sebagai contoh ibu bapa memarahi anak kerana merosakkan pokok-pokok bunga, tetapi ibu bapa tidak menggalakkan mereka menanam pokok bunga dengan sendiri supaya mereka menjadi lebih menghargai kepada tumbuh-tumbuhan. Ianya sesuatu yang boleh dilakukan dan bukan menghalang mereka melakukan sesuatu dengan sesuatu yang lebih teruk lagi. Ajarkan mereka dengan cara yang mereka akan berfikir mana yang betul atau salah dengan sendiri. Dalam peringkat ini, anak-anak rasa lebih dipercayai dan dianggap seseorang yang berguna pada pandangan mereka. Elak sekat keyakinan anak sedari kecil.

Pentingnya ibu bapa supaya sentiasa lebih dekat dengan anak-anak pada usia masih kecil. Ianya sangat digalakkan. Ibu bapa yang lebih rapat dengan anak-anak menghasilkan perhubungan sosial dan komunikasi sangat positif dalam sebuah institusi keluarga. Kegagalan institusi keluarga akan menghadkan proses perkembangan komunikasi kanak-kanak. Tidak semua kanak-kanak berjaya mengharungi kesukaran tersebut. Jika tepat kaedah penyelesaiannya, maka seorang anak mampu mengisi ruang kosong yang ditinggalkan oleh seseorang yang terpenting dalam hidupnya. Oleh itu, tidak dapat disangkal, ibu bapa adalah insan terbaik yang mampu membentuk kemahiran komunikasi anak-anak dan bukan orang selainnya. Wallahualam.

2 Comments

jarang berkomunikasi, dah besar anak jd pasif... dok dlm bilik je...bersendirian 24 jam

Bestnya kalau dapat tahan duduk dalam bilik je...

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati dan sebagainya yang secara jelas menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - SKMM.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi.

Don't hesitate to contact me at azlan7783@gmail.com for any review, advertorial or anything else.
EmoticonEmoticon