Kita sangat perlukan tuhan


Kita sangat perlukan tuhan| Kesedihan menyelubungi seluruh jiwa masyarakat di negara ini. Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sama ada setiap kesedihan itu menjadi pengajaran atau sebaliknya. Jika ada insan yang masih alpa,  ianya tidak akan memberi makna. Peristiwa 6 anggota bomba lemas ketika menyelamatkan mangsa, tsunami dan gempa bumi di Palu, Sulawesi mahupun kes-kes manusia bersikap binatang, semuanya begitu mengganggu emosi masyarakat keika ini. Ada kala kita marah, sedih dan hiba, tidak kurang juga kita bersandiwara atas perkara yang berlaku. Itulah manusia yang punya ragam berbeza.

Kita sangat perlukan tuhan

Saat kita terleka, Allah SWT datangkan bencana untuk kita mengingatiNya. Untuk apa? Redha ketentuanNya? Bukan. Ianya untuk kita mengetahui bahawa kita sangat lemah. Kita tidak kuat untuk menghadapi segalanya. Kita sangat perlukan pertolongan dari Maha Besar dan Maha Kuat yang menciptakan segalanya. Kita sangat perlukan tuhan. Dimana tuhan? (Bagi jiwa-jiwa yang kosong). Tentu mereka sedang bergurau kerana hidayah belum sampai kepadanya. Pandulah mereka ke jalan yang benar dengan kata-kata yang baik.

Untuk saat ini, lihatlah pada mereka yang kita sayangi. Bagaimana mereka jika tanpa kita lagi. Atas semua khilaf yang telah kita lakukan pada mereka, masih ada ruang waktu untuk kita memperbetulkan segalanya. Mesti pantas dan masa selalunya meninggalkan kita semua. Niat dan usaha, tawakal pada tuhan. Dunia bukan untuk didiami selamanya. Saat ini kita bergurau senda, esok mungkin mereka telah tiada. Sekelip mata.

Zaman ini apa lagi kemusnahan yang mahu kita bina? Kemajuan apa lagi yang mahu kita kejar? Makkah dan Madinah semakin hampir. Tanda pasti kiamat akan tiba. Tiada lagi masa. Masa untuk kita menginsafi dan kembali kepada tuhan kerana kita sangat perlukan tuhan. Anak-anak kecil semakin bermaharajalela. Mereka menguasai dunia. Tiada lagi ibu dan bapa. Tiada lagi orang dewasa. Kini mereka sama. Hak yang mahu disamaratakan oleh mereka. Bala akan menimpa pada masa hadapan.

Kita abaikan apa orang politik bicara. Mereka tiada kuasa selamanya. Mereka sedang bersandiwara untuk pentas dunia. Jangan kita bertikam lidah hanya kerana mereka. Jangan pula jadi kayu menambah bara. Itu semua sia-sia. Mereka telah melalaikan kita. Mereka buat kita sentiasa berlari setiap hari. Kesana kesini mencari nasi tapi mereka tetap menggenggam emas kanan dan kiri. Kita alpa dan leka. Kita hanya perlukan tuhan.

Setiap masa kita mendatang, carilah kemaafan. Lebih-lebih lagi jika kita berbuat dusta. Tidak siapa tahu dimana kita akan berada. Syurga atau neraka. Jangan berbuat baik berpada-pada. Rugi. Pahala mungkin tidak sehebat Rasullullah, tapi biar kita mencium syurga. Lihatlah disekeliling kita. Masih adakah lagi dendam, masih adakah lagi jiwa yang menangis kerana kesalahan kita. Selesaikan itu semua. Selagi kita punya masa. Sebelum kita mati. Sebab kita akan bertemu tuhan. Siapa tuhan yang sebenarnya? Bagi mereka yang dusta, cari tuhan kerana anda sangat perlukan tuhan selagi hayat dikandung badan. Wallahualam.

10 Comments

Asalam..tiada daya upaya kita melainkan memohon kepada Allah. Allah lah yang takdirkan kehdupan kita.

Cari Tuhan..dekatinya...taati setiap suruhanNya..hindari segala laranganNya..usahakan..jangan pernah malas untuk meminta-minta padaNya..sentiasa.

Wassalam.. InsyaAllah, moga Allah SWT menentukan takdir yang baik untuk kita...

InsyaAllah Sis, Moga kita peroleh manfaat dariNya..

Etuza dtng membaca lgi..teringat blogger Muslaem jika tak silap. Orang Sarawak juga dia. Kata2 N azlan seindah kata2 dia dalam berdakwah. Subahanallah..N A orang s=Sarawak ya? nanti saya ke sana jumpa kita ya..inshaAllah

Semoga apa yang berlaku hari ni menjadi asbab untuk kita lebih dekat padaNya. Semua tu bukan sekadar takdi4 tp sesuatu yang perlu diambil ikhtibar sebagai amaran dariNya.

Saya bukan orang Sarawak tetapi isteri orang Sarawak... InsyaAllah kita akan berjumpa...

Ya, saya setuju dengan sis... InsyaAllah...

cari Tuhan bukan ketika susah sahaja...

Betul tu, baru ingat ketika susah...

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati dan sebagainya yang secara jelas menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - SKMM.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi.

Don't hesitate to contact me at azlan7783@gmail.com for any review, advertorial or anything else.
EmoticonEmoticon