Sesi kaunseling: Kaedah pemulihan mental

Sesi kaunseling: Cara terbaik pemulihan mental| Tidak ramai sedar bahawa mereka memerlukan sesi kaunseling tetapi sebenarnya sangat ramai perlu hadir sesi kaunseling. Sesi kaunseling bukan sahaja diperlukan oleh orang yang mempunyai masalah mental, malahan bukan juga hanya untuk orang yang mengalami masalah kemurungan tetapi sesuai untuk mereka yang gagal dalam memandu diri sendiri. Selain itu juga, sesi kaunseling adalah salah satu kaedah rawatan yang terbaik untuk meningkatkan kemampuan diri kepada satu tahap yang tidak dapat anda bayangkan sebelumnya. Pernahkah anda cuba hadir pada mana-mana sesi kaunseling? Apakah kesannya dalam diri anda selepas itu?

Rawatan penyakit mental, kemurungan melampau, stress, tekanan perasaan

Ramai orang tidak suka dikaitkan dengan kaunseling kerana merasakan diri sudah berada pada kondisi yang terbaik. Tidak memerlukan nasihat dan pandangan orang lain. Namun hakikatnya keberanian seseorang hadir dalam mana-mana sesi kaunseling amat membantu seorang individu meneroka kemampuan diri dalam menghadapi cabaran yang mendatang. Hal ini kerana sesi kaunseling sentiasa menerapkan kata-kata positif yang mampu merangsang sifat dalaman seseorang. Sifat ingin berjaya dalam hidup, sifat keluar daripada dibelenggu masalah yang dihadapi selain memberi pilihan pandangan berkenaan apa langkah seterusnya yang boleh dilakukan.

Merujuk kepada artikel Berita Harian, kira-kira 30% penduduk di negara ini mengalami masalah sakit mental. Manakala penyakit mental dijangka menduduki tangga kedua dalam carta masalah kesihatan di negara ini (Rujukan Kosmo). Hal ini amat membimbangkan kita semua memandangkan kita, anak-anak dan ahli keluarga berkemungkinan termasuk dalam kelompok yang disebutkan tadi. Masalah utama masyarakat kini adalah sukarnya mengakui bahawa mereka mempunyai masalah mental dan murung. Masalah kemurungan yang paling teruk iaitu schizophrenia boleh mendorong pesakit untuk membunuh diri dengan sebab yang tidak munasabah bagi orang normal.

Antara persoalan yang mungkin anda fikirkan berkenaan sesi kaunseling adalah seperti dibawah:

  • Adakah saya perlu berjumpa kaunselor?
  • Bagaimana saya ingin berjumpa kaunselor?
  • Berapakah jumpa bayaran yang akan dikenakan jika hadir sesi kaunseling?

Hakikatnya, jika terlalu banyak persoalan tanpa melakukan apa-apa tindakan, maka impian hanya tinggal impian dan ianya tidak akan berlaku tanpa ada usaha ke arah LANGKAH PERTAMA! Langkah pertama adalah sangat penting dan anda perlu berani melakukannya. Perlu kita fahami bahawa kaunseling bukan sahaja kaunseling yang kebiasaannya kita dengar di Pejabat Agama Islam sahaja. Fungsi kaunselor lebih daripada itu dan mereka berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Oleh itu, seeloknya anda memilih kaunselor yang berdaftar berbanding orang perseorangan yang menghulurkan bantuan dengan niat yang tidak baik. Salah satu cara yang mudah jika anda ingin hadir sesi kaunseling adalah dengan pergi berjumpa doktor di mana-mana Klinik 1Malaysia (Dahulu), Klinik Kesihatan berdekatan dan mohon rujukan ke Unit Kaunseling.

Anda mungkin tidak memerlukan rawatan sakit mental tetapi mungkin orang disekeliling anda perlu hadir sesi kaunseling untuk memulihkan kemurungan yang mereka hadapi. Bantulah mereka, dekati mereka yang memerlukan rawatan dan terapkan suasana positif disekelilingnya supaya secara tidak langsung anda membantu melahirkan masyarakat yang bebas daripada tekanan perasaan, penyakit mental mahupun kemurungan melampau. Perlu kita ingat, sesi kaunseling bukan hanya untuk orang sakit sahaja, ianya adalah proses untuk perbaiki diri agar menjadi insan yang hebat di dunia dan akhirat. Wallahualam.

14 Comments

Kaunseling ni macam terapi atau motivasi.Setiap kita perlu mencari solusi untuk perbaiki diri.Secara langsung atau tidak langsung untuk meringankan perasaan dan fikiran..pertama pastinya dekatkan diri pada-Nya..

Setuju Sis, terapi dan motivasi untuk menaikkan balik semangat yang hilang....

Orang yang ada masalah tekanan mental ni kena luahkan pada seseorang seperti kaunselor insyaAllah tiap masalah ada jalan keluarnya kan..

Betul tu, mendengar adalah salah satu kaedah pemulihan kepada pesakit mental...

Kesihatan mental sangat penting, kesedaran untuk alert tentang perkara ni masih perlu dipertingkatkan

Kementerian Kesihatan perlu melakukan banyak kerja berkenaan perkara ni...

Sangat penting berkomunikasi lepaskan apa dalam hati pasti ada hikmah kounseling ni

bahaya bila kemurungan melampau, banyak faktor terjadinya masalah mental,, yang penting jangan melarat takut bahaya bukan diri sendiri tapi orang lain jugak

Ya benar bang Etuza, kemurungan bermula bila tiada orang memberi perhatian kepada seseorang yang mengalami masalah dalam hidupnya...

Banyak bukti menunjukkan kemurungan boleh membawa maut kepada diri sendiri mahupun orang lain...

persepsi yg sama, kalau jumpa kaunselor = ada masalah mental. kalau jumpa pakar kewangan = bankrupt / muflis... pd hal kita mencri jln penyelesaian... kita mencari jln keluar

Setuju tu, masyarakat kena ubah persepsi buruk begitu...

trima kasih kerana buat artikel berkenaan ini..sekurang2nya ada info utk sy mengadu di mana..saya antara golongan yg tk tau kemana arah ingin mengadu..saya dduk serumah dgn org bckp sorg2...bila depan diam tk berkata bleh senyum..kdg dgr crita pembunuhan bg duit la apa la....kadang rasa tekanan tgk manusia berckp sorang2 ckp mrapu2 ..maki marah sorang2...saya rasa tekanan sgt..

Terima kasih atas respon baik dari anda, moga bermanfaat...

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati dan sebagainya yang secara jelas menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - SKMM.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi.

Don't hesitate to contact me at azlan7783@gmail.com for any review, advertorial or anything else.
EmoticonEmoticon