Monday, September 30, 2019

Masalah BLOGGER COMMENT THREAD selesai

Sebelum ini saya ada menulis berkenaan BLOGGER COMMENT THREAD: MASALAH BLOG. Bagi menyelesaikan permasalahan tersebut, saya telah menggunakan Disquss buat sementara waktu. Namun ianya agak sukar untuk diakses oleh netizen yang menjadi pembaca-pembaca tegar sahaja. Tambahan lagi, komen-komen lama tidak tersusun dengan elok dan mengalami masalah untuk membaca serta membalasnya.

BLOGGER COMMENT THREAD, comment thread, blogger comment

Sekian lama saya tidak ada kesempatan untuk memperbaikinya. Pada hari ini, masalah Blogger Comment Thread, Alhamdulillah ianya selesai. Walau bagaimanapun, timbul pula satu masalah yang lain. Susah pula nak meletakkan kembali Blogger Comment Message kembali kepada asal iaitu di atas Blogger Comment Box. Aih, macam-macam hal kan? Berkenaan mesej atas Blogger Comment Box, saya abaikan dahulu. Bebenang komen lebih menjadi keutamaan saya. Anda ada masalah yang sama?

Sebelum anda ingin membuat apa-apa perubahan dalam html code blog template, anda perlu Backup/Restore terlebih dahulu supaya jika perubahan yang diinginkan menjadi lebih teruk, ianya boleh kembali kepada bentuk yang asal. Selesai Backup/Restore anda boleh cuba cara di bawah ini. InsyaAllah masalah Blogger Comment Thread boleh diselesaikan.

BLOGGER COMMENT THREAD, comment thread, blogger comment

Ikuti langkah seperti di bawah ini dengan cermat:

Template > Edit HTML > Ctrl F >

Masukkan coretan (snippet) ini  <b:include data='post' name='comments'/>

Lihat semua coretan (snippet) di atas. 

Gantikan semua dengan coretan (snippet) di bawah:

<b:if cond='data:post.showThreadedComments'>
<b:include data='post' name='threaded_comments'/>
<b:else/>
<b:include data='post' name='comments'/>
</b:if>

Setelah itu, Save Theme dan lihat hasilnya.

Next
This Is The Current Newest Page

5 comments:

  1. Replies
    1. Assalam en noor azlan kje d jabatan kimia kan.. Saya nak tahu klu sy nk hantar semple tanpa surat dr mana2 jabatan kerajaan boleh x.. Maksud sy nak hantar sample rambut suami tuk kes pengambilan dadah.. Sy sgt perlukan kptsn kimia demi msa depan saya. Mohon penjelasan. Tq

      Delete
    2. Wassalam Pn Unknown..

      Untuk makluman puan, tidak boleh menghantar sampel sendiri ke Kimia melainkan puan buat report di Balai Polis. Polis akan jalankan siasatan. Polis akan hantar sampel ke Kimia jika terdapat bukti yang memerlukan pengesahan. Harap maklum.

      Delete
  2. Great job for publishing such a beneficial web site. Your web log isn’t only useful but it is additionally really creative too. The Sims 4's newest expansion, Realm of Magic, brings a lot to the game, including a new occult Sim, a magical realm with a Hogwarts style ... sims 4 news

    ReplyDelete