

Jabatan manakah yang bertanggungjawab melakukan proses semakan dan verifikasi permohonan BR1M?
Seperti yang saya telah maklumkan sebentar tadi, ada 12 jabatan yang berbeza untuk membuat verifikasi permohonan BR1M. Kalau anda masih lagi tidak layak, boleh cari peluang kerja di rumah untuk menambahkan pendapatan. Berikut adalah senarai jabatan yang bertanggungjawab melakukan proses tapisan dan verifikasi setiap permohonan BR1M pada setiap tahun.
- Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
- Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Termasuk Polis Di Raja Malaysia)
- Kementerian Luar Negeri
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)
- Jabatan Agama Islam Negeri
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Jabatan Perkhidmatan Awam / Kumpulan Wang Persaraan
- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Kementerian Pendidikan Tinggi
- Kementerian Pendidikan Malaysia
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Proses semakan dan verifikasi ini dijalankan pada setiap tahun ke atas permohonan baru dan permohonan baru. Mungkin disebabkan ada penerima yang baru berkahwin, naik gaji, dapat untuk besar dan sebagainya.
Oleh kerana tapisan yang sangat ketat bagi memberikan kepada mereka yang benar-benar layak, mungkin ada bahagian yang anda terlupa tentangnya selain daripada sebab-sebab permohonan BR1M anda gagal. Oleh itu setiap permohonan yang hendak dibuat perlu diisi dengan jujur dan sejujurnya supaya tiada wang rakyat dicuri dengan sewenang-wenangnya.