Dalam kebun 10 ekar itulah ayah mendirikan sebuah kandang kambing untuk menambahkan pendapatannya. Memang seronok bela kambing selepas beralih daripada membela lembu. Lembu besar, makan banyak, jadi 10 ekar rumput tidak mencukupi bagi lembu kami. Terpaksa masuk kebun orang nak bagi makan lembu. Kadang-kadang lembu tidak faham bahasa. Bila petang letih pusing kebun seluruh Felda cari lembu. Sebab itu, ayah tukar bela kambing. Makan kurang sedikit daripada lembu. Tapi bijak sikit daripada manusia.
Kerja bermula dari pagi sampai petang. Tengahari balik makan. Makanan disediakan oleh majikan (Mak). Bila cuaca cantik bagi kambing, dapat keluarkan kambing dari kandang. Kambing pandai beratur. Bila keluar dari kandang semua beratur. Manusia bila beratur ada juga yang potong barisan. Yang belakang sekali tentulah saya. Ikut kemana sahaja kambing pergi. Dia pergi ke kanan, saya ke kanan. Itulah rutin harian selepas lari daripada menjadi pembantu klinik swasta.
Berbulan juga bela kambing. Sepenuh jiwa ayah nak bela kambing. Sanggup besarkan lagi kandang kambing. Tapi apa manusia buat? Sebelum nak raya, beberapa kambing disembelih dalam kandang. Ada yang dibawa lari entah kemana. Kambing yang disembelih tetapi sempat menyelamatkan diri pun ada. Pagi bila datang, kesian tengok leher sudah terbelah. Sebab itu saya cakap kambing lebih bijak daripada manusia.
Memang rasa down masa itu. Penat kami berusaha, untuk tambah pendapatan, tapi 'pencuri' senang-senang buat duit. Ramai orang cakap peneroka Felda senang. Tak senang kalau tak berusaha. Tanam pisang, orang tebang, bela kambing orang sembelih. Itulah realiti peneroka Felda. Tetapi rezeki itu Allah sudah siapkan. Bersabar dan terus berusaha. Jangan putus semangat. Masa itu sudah pasang azam dalam diri sendiri. Kalau tidak berjaya mendapat kerja yang tetap dan stabil, sudah pasang niat mahu buat rumah tepi kandang kambing demi keselamatan kambing. Jadi pengusaha kambing berjaya. Penternak berjaya.
Pengajaran yang saya perolehi semasa menjadi pengembala kambing. Walaupun kamu mengembala kambing, orang akan tetap panggil kamu menganggur. Sedangkan ilmu yang berkesan perlukan teori dan praktikal. Oleh kerana mengembala kambing bukan satu kerjaya yang bersih. Sebenarnya menternak kambing lebih bersih berbanding pencuri kambing. Mentaliti orang kampung.
Semoga terus berjaya. Nie bukan sebarang penganggur tau. Nie pengangur bakal jutawan. InsyaAllah. :)
ReplyDeleteTerima kasih. Tak sempat nak jadi jutawan dah kena sembelih...Hehe...
Deleteselamat berjaya membela kambing. harga kambing makin mahal skrg ni..
ReplyDeleteBetul tu Abam Kie... Harga kambing makin mahal... Ada peluang memang boleh buat duit....
DeleteTeruskan usaha.
ReplyDeleteSemoga berjaya.
Terima kasih Warisan Petani...
DeleteHahaha comel je bersembang dengan kambing... Saya mampu membela kucing je setakat ni. Pepatah orang putih pernah kata. "Tangan yang kotor itu lambang duit yang bersih." Begitulah, kerja yang halal memang susah,tapi berkat. Cewahh kemain motivasi dari saya hari ini.
ReplyDeleteDah tunggu sorang2 dapatlah bersembang dengan kambing... :-)
DeleteHurm.. Saya juga tak setuju dengan kenyataan bahawa orang felda senang (Saya bukanlah orang Felda).. Manakan datang senang kalau tidak berusaha.. Yeah, mentaliti rakyat kita kerja mestilah ke pejabat.. kalau menternak ataupun bercucuktanam bukanlah kerjaya.. Walhal menternak itu satu perkerjaan juga..
ReplyDeletesemoga terus bersemangat dan berusaha..
Penternak sekarang sudah modern, ada komuniti, banyak tips dikongsi dalam internet, dah ada facebook, mungkin pendapatan lebih tinggi lagi, paling penting selalu menghirup udara segar dan dapat ketenangan dengan kehijauan sekali..
Deletepenternak berjaya rupanya... tahniah :D
ReplyDeleteKerjaya sebelum ni masa menganggur... Hehe
Delete