Tidak semua klinik menawarkan perkhidmatan x-ray. Jadi sekiranya sebuah klinik kecil mampu menawarkan perkhidmatan x-ray, ianya dapat mengembangkan lagi fungsi sebuah klinik penyakit biasa kepada sebuah klinik yang dapat melakukan prosedur kes kecemasan kecil. Kes seperti terseliuh tangan, patah tangan, retak tulang, medical check-up dan lain-lain telah dijalankan di tempat saya bekerja.
Apa yang perlu diketahui tentang x-ray? Secara asasnya, anda perlu tahu bahawa sekiranya anda ingin membuat pemeriksaan x-ray bagi mana-mana anggota badan terutamanya bahagian dada mempunyai had pengambilannya. Paling maksimum adalah dicadangkan sebanyak 2 kali dalam tempoh setahun iaitu sebanyak 6 bulan sekali. Oleh kerana itu, imej x-ray dada yang telah dibuat masih diguna pakai oleh pegawai perubatan kecuali bagi kes-kes abnormal seperti kemalangan atau jatuh yang memerlukan diagnostik x-ray.
Juga dinasihatkan semasa menjalankan pemeriksaan x-ray tidak boleh mengambil ulang imej x-ray sama ada 3,4 atau 5 kali di tempat sama, pada waktu yang sama sehingga operator x-ray berpuas hati dengan imej x-ray. Hal ini adalah kerana setiap kali pemeriksaan x-ray dijalankan, terdapat dos sinaran mengion yang berbahaya kepada tubuh manusia. Sekiranya terdapat mana-mana operator x-ray menjalankan prosedur yang salah, aduan boleh dibuat kepada pihak yang berkenaan terutamanya Kementerian Kesihatan Manusia melalui Pejabat Kesihatan.
Untuk menjalankan pemeriksaan x-ray juga, tidak boleh ada apa-apa unsur benda asing pada anggota badan. Pakai rantai, susuk di dada, pakai besi bra dan sebagainya. Jadi jangan terkejut jika operator x-ray mengarahkan anda menanggal pakaian dan memakai pakaian khas yang disediakan. Kemudian arahan biasanya yang diberikan adalah tarik nafas dan lepas nafas. Ianya sangat penting untuk menarik nafas ketika x-ray dipancarkan supaya memudahkan pegawai perubatan diagnostik penyakit sebenar tanpa perlu mengambil imej x-ray semula.
Seperti yang saya maklumkan sebelum ini di ragam pesakit bila datang klinik, macam-macam karenah orang sakit bila pergi klinik. Sebagai pekerja berkaitan skop tugas perubatan terpaksa bersabar dan mengabaikan sahaja herdikan yang diberikan. Semasa menjadi operator x-ray, prosedur yang paling sukar dilakukan adalah apabila melibatkan pengimejan kanak-kanak yang menangis dan warga asing. Semua itu pengalaman yang sangat berguna kepada saya pada masa akan datang. Ianya membuatkan saya memahami kesukaran petugas perubatan melakukan kerja serta keperluan arahan dan prosedur yang telah ditetapkan.

Berapa kvp yang digunakan untuk x-ray tersebut?
ReplyDeleteBergantung kepada saiz ketebalan badan, seingat saya kalau saiz biasa saya selalu guna 80kvp.
Delete