Siapa tidak berasa seronok apabila mendapat tahu ditawarkan kerja tetap. Ibu saya juga gembira cuma tidak melompat. Bila dia dengar saya dapat kerja, terus buat bubur merah sedekah pada jiran-jiran sebelah rumah. Maklumlah saya anak lelaki sulung. Jadi anak sulung ini memang semua dapat lebih. Adik beradik lain jangan marah ya. Mengapa? Sebab sebelum ada 2 atau 3, perlu ada nombor 1. Dan sayalah nombor 1 itu. Sebenarnya tiada istilah lebih atau tidak. Ibu bapa saya adalah ibu bapa yang sangat adil bagi anak-anaknya.
Sedikit informasi berkenaan Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia). Berpusat di Bangi. Tiada cawangan di negeri lain melainkan hanya ada dua cawangan Nuklear Malaysia iaitu di Jalan Bangi Lama dan Jalan Dengkil sahaja. Pada asalnya dikenali sebagai Malaysian Institute for Nuclear Technology Research (MINT). Sebelum itu PUSPATI, CRANE dan UTN. Sejarah berkenaan jabatan ini boleh baca di laman rasminya. Melalui beberapa peringkat penjenamaan namun apa yang pasti Agensi Nuklear Malaysia telah banyak menyumbang kepada industri di negara ini.
Saya simpulkan mengapa saya suka bekerja di Nuklear Malaysia. Pertama, rakan sekerja saling bergantungan dan bekerjasama. Kedua, selalu kerja luar dan dapat melihat keindahan alam negeri lain. Ketiga, sebab risiko kerja yang mencabar dan bahaya jika berlaku kecuaian. Semua itu menjadikan pengalaman kerja yang indah bagi saya. Persepsi orang awam melihat kakitangan awam bersantai dan menghabiskan masa semasa waktu kerja. Namun bagi saya tidak. Apabila sudah berada dalam sektor perkhidmatan awam, baru tahu kerja banyak atau tidak. Paling susah adalah mahu menjaga hati orang awam. Persepsi dan cabaran menyampaikan maklumat yang benar dan tepat.
Agensi Nuklear Malaysia menerima pelawat daripada institusi lain juga. Jadi kalau mahu lihat dengan mata sendiri Reaktor Nuklear di Agensi Nuklear Malaysia, boleh ajukan terus pertanyaan pada Unit Komunikasi Korporat (UKK). Tiada caj kemasukan bagi memasuki reaktor nuklear. Walau bagaimanapun ada beberapa kriteria pelawat yang tidak dibenarkan memasuki kawasan reaktor. Hal ini akan saya jelaskan pada entri akan datang. InsyaAllah. Terima kasih Ya Allah diberi kesempatan bekerja di jabatan ini. Pengalaman yang sangat bermakna selepas menjadi penternak kambing dan pembantu klinik swasta.
Agensi Nuklear Malaysia menerima pelawat daripada institusi lain juga. Jadi kalau mahu lihat dengan mata sendiri Reaktor Nuklear di Agensi Nuklear Malaysia, boleh ajukan terus pertanyaan pada Unit Komunikasi Korporat (UKK). Tiada caj kemasukan bagi memasuki reaktor nuklear. Walau bagaimanapun ada beberapa kriteria pelawat yang tidak dibenarkan memasuki kawasan reaktor. Hal ini akan saya jelaskan pada entri akan datang. InsyaAllah. Terima kasih Ya Allah diberi kesempatan bekerja di jabatan ini. Pengalaman yang sangat bermakna selepas menjadi penternak kambing dan pembantu klinik swasta.
Wah seronok ye kerja di Agensi Nuklear Malaysia.
ReplyDeleteTahniah.
Memang seronok WP walaupun ada risiko bahaya...
Deletetahniah Noor Azlan..untung jadi anak sulung rupanyaa ya...sy pernah buat sales visit kat Agensi Nuklear lama dulu...sesat pun pernah waktu jemput anak kat KPTM Bangi...hehe
ReplyDeleteTerima kasih Mrs Fuzy... Memang untung sikit lah... Hehe... Kalau tak biasa dengan tempat baru memang boleh sesat...
DeleteAlhamdulillah, tahniah Noor Azlan. Nak juga kerja macam ni, hehehe, takut lama-lama nanti lupa abes skill dalam lab. sedih jadi penganggur ni.
ReplyDeleteTerima kasih Noor Maizan... Kena selalu renew application kat SPA... Betul tu, bila lama tak asah skill memang boleh lari tune... Sabarlah ye, InsyaAllah ada rezeki kat tempat lain...
Deletetahniah. ;)
ReplyDeleteTerima kasih May...
DeleteAlhamdulillah.. Tahniah saudara..
ReplyDeleteYe betul tu.. bila dah berkerja baru kita tahu banyak atau sedikit kerjanya..
Terima kasih Shahida... Jauh lagi perjalanan cerita kerjaya tu, akan ada sambungan... :-)
DeleteAlhamdulillah, tahniah dah dapat kerja dah.
ReplyDeleteboleh belanja kenduri rakan-rakan blogger ni hehe gurau.
Amin. Belum sampai cerita kerja sekarang tu... boleh datang Sibu nanti saya belanja... Hehe
Deletekerja hebat ni sehebat namanya.
ReplyDeletetahniah dah kerja tetap =)
Alhamdulillah.. kerja gaji tetap... Rezeki Allah SWT...
DeleteYg penting gov lan ;) Terjamin insyaAllah.
ReplyDeleteItulah... saya bersyukur sangat sebab dapat gov... rasa bertuah...
Delete