
Sebenarnya saya juga pernah ada pengalaman kerja kilang semasa cuti semester pengajian dahulu. InsyaAllah saya mungkin akan kongsikan pengalaman kerja kilang pada entri akan datang. Buat masa ini saya kongsikan pengalaman kerja dalam industri keselamatan nuklear dan radioaktif terlebih dahulu. Saya tidak akan kongsikan apa itu nuklear, apa itu radioaktif, apa itu senjata nuklear dengan terperinci kerana maklumat definisi kedua-duanya boleh diakses di wikipedia. Semoga perkongsian ini mampu memberi panduan keselamatan kepada orang awam yang tidak pernah berurusan dengan hal berkaitan radioaktif nuklear.
Bagaimana mahu tahu ada bahaya radioaktif nuklear? Cuba lihat logo di atas. Mungkin anda tidak pernah jumpa tetapi kebiasaannya boleh anda lihat di bahagian Pengimejan perubatan X-Ray sama ada di hospital atau klinik. Tetapi jika logo ini ditampal pada bahagian motorsikal, jangan pernah takut kerana ia ditampal bukan dengan tujuan memberi amaran bahaya sinaran radioaktif tetapi bagi tujuan suka-suka sahaja. Logo ini bermaksud bahaya kerana terdapat sinaran bahaya radioaktif atau terdapat bahan radioaktif. Seperti kes yang berlaku baru-baru ini dimana kecurian peralatan yang mengandungi bahan radioaktif dan ternyata orang awam tidak mengetahui apa bahan yang terkandung di dalamnya. paling dikhuatiri, ianya digunakan pada jalan yang salah yang mampu mengancam keselamatan orang lain.
Dalam bidang keselamatan nuklear dan radioaktif, asas paling penting yang perlu dipelajari adalah konsep STD. Ada sesetengahnya menggunakan TDS. Sebenarnya sama. Cuma terbalikkan sahaja. Shielding (Perisai), Time (Masa) dan Distance (Jarak). Jika mahir mengamalkan konsep STD, anda mampu mengurangkan risiko bahaya jika terpaksa berhadapan dengan bahan radioaktif dari sumber nuklear.
Shielding (Perisai) - Setiap benda yang diciptakan Allah SWT ada pro dan kontranya. Hitam dan Putih. Tuhan jadikan penyakit, Allah SWT juga ciptakan penawarnya. Begitu juga dengan bahan radioaktif. Walaupun bahaya, tapi ada kaedah untuk mengatasi bahaya radioaktif. Kaedah perisaian menggunakan bahan yang boleh menyekat tembus sinaran yang terhasil daripada bahan radioaktif. Sinaran jenis alfa, beta, gama, x-ray, neutron boleh disimpan dalam satu bekas berperisai seperti kertas, plumbum dan sebagainya. Selagi bahan radioaktif tersimpan di dalam satu bekas yang dapat menghalang sinaran daripada tembus keluar, maka ianya selamat.
Distance (Jarak) - Jarak juga memainkan peranan penting dalam aspek keselamatan nuklear. Semakin anda berada jauh daripada sumber bahan radioaktif, semakin anda selamat. Sinaran bahan radioaktif tidak dapat terbang bersama angin seperti bau petroleum. Dalam kes tertentu seperti letupan bom nuklear, letupan reaktor nuklear dan sebagainya, ianya dipindahkan melalui kesan debu dan asap letupan, melalui orang yang telah menyentuh kawasan yang tercemar. Sebagai contoh kesan letupan di Fukushima, Jepun, tidak sampai ke negara ini pun.
Melalui Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA), undang-undang telah digubal dengan terperinci untuk memastikan setiap penggunaan bahan radioaktif dikawal dengan rapi supaya tidak disalah gunakan atau digunakan dengan salah oleh orang awam. Namun perkara buruk belum tentu tidak berlaku. Jika berlaku, amalkan konsep TDS tadi. InsyaAllah anda boleh kurangkan risikonya.
Pengalaman kerja dalam bidang keselamatan sinaran radioaktif telah membawa saya merantau ke banyak negeri. Dari Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak kecuali Sabah dan Perlis sahaja saya belum pernah jejak. Teringin juga mahu menjejakkan kaki bagi melengkapkan perjalanan saya dalam Malaysia. Dahulu timbul isu penggunaan bahan radioaktif tidak sepatutnya digunakan di Malaysia. Pesanan saya, lihat dalam rumah. Microwave, televisyen, telefon bimbit. Kemudian pergi hospital, x-ray. Pembuatan air tin di kilang. Kalau mahu sebut mungkin saya perlu tidur depan komputer untuk menyenaraikannya. Ianya sangat bermanfaat dalam kehidupan seharian. Semoga ilmu sedikit yang saya ada ini bermanfaat untuk semua.
Semua ada positif dan negatifnya..cuma berbalik pada diri kita berusaha untuk bertindak dan mengawal mengikut apa yang telah disarankan..
ReplyDeleteYa benar PC... Ada pro dan kontra... Jika baik haluannya, baiklah hasilnya...
DeleteGood sharing...
ReplyDeleteTerima kasih...
DeleteNi kira Sifu dah. Banyak pengalaman bekerja sana sini. Dah banyak tempat pergi jugak. Alhamdulillah.
ReplyDeleteTak de lah sis Ana Suhana.. Nak survive macam tu lah.. mana beri pilihan lebih baik kita pergi...
Deletebekerja dengan bahan bahaya memang perlu ada ilmu. semoga dipermudahkan urusan
ReplyDeleteBenar sis...perlu kompeten untuk buat kerja bahaya... demi keselamatan diri sendiri...
Deletebila tgk lambang tu teringat masa bljr dlu. hehe
ReplyDeleteKalau pernah belajar memang familiar lah dengan logo tu...
DeleteThanks for sharing!!
ReplyDeleteWelcome Amer...
DeleteTengok simbol tu pun dah rasa takut. Hehe.
ReplyDeleteSekarang jangan takut lagi tau kalau ikut tips kat atas tu...
Deleteyep kbiasaan logo tu ju jumpa di hospital bhgn xray. mceburi plbgai kerjaya bkn shja mnimba pgalaman malah kita dapat memperoleh ilmu baru, setiap hari adalah proses pbelajaran =) untung ny dalam bkerjaya dpt juga ke negeri lain kan =D insyallah akan ada rezeki pula nnti ke sabah =)
ReplyDeleteSabah lama dah nak pergi... Banyak tempat menarik... Betul tu jauh perjalanan luas pemandangan, banyak ilmu kehidupan yang kita dapat..
Deletekena ada caranya untuk kerja macam ni kan.. berhadapan dengan bahan bahaya. tq atas perkongsian :)
ReplyDeleteIya, mana-mana kerja ada risikonya sendiri... Kalau kita tahu caranya, semua kerja boleh kita buat... orang lain boleh, takkan kita tak boleh kan...
DeletePengalaman yang begitu adventure.. nice sharing :)
ReplyDeleteSeronok sesekali buat kerja adventure ni... RS90 cubalah...
Deletewah ada banyak pengalaman kerja bagusnya. kerja dalam bidang yang berkaitan nuklear tu bahaya dan berisiko, kalau tak silap boleh menyebabkan penyakit kulit yang teruk dan gangguan perkembangan otak.
ReplyDeleteKalau tak amalkan safety precautions memang boleh datangkan bahaya. Bila kita berwaspada, InsyaAllah selamat dunia akhirat.
DeletePencerahan yg bgus lan. Org kita takot sbb dimomokkan dengan fakta yg di auta kan. Klau btol caranya, mane ade nk bhya.
ReplyDeleteBiasalah Ayunie... Momokkan satu fakta demi kepentingan diri sendiri...
Delete