Saturday, March 11, 2017

Bila kita sudah tua

Bila kita sudah tua| Bila kita sudah tua, terasa rindu kita saat muda. Rasa ingin kembali pada masa lalu untuk membetulkan semua setiap kesalahan yang pernah kita lakukan. Jika berdaya, kita ingin mengubah semuanya agar menjadi lebih sempurna. Bila kita sudah tua, kita boleh lihat kehidupan dengan lebih luas lagi. Sekecil-kecil perkara hingga ke perkara besar, akal sentiasa diberi kelebihan dan mampu mencari jalan penyelesaian. Sebab kita sudah lebih tua. Matang dan tenang dalam membuat keputusan untuk diri sendiri.

Bila kita sudah tua, lelaki tua, orang tua

Bila kita sudah tua, kita mahu betulkan orang muda. Kita ingin tegur agar mereka tidak mengulangi kesilapan sama yang pernah kita lakukan sebelum ini. Kita tegah mereka agar jangan meniru apa yang telah kita buat dahulu. Bukan kita dengki atau irihati. Kita cuma tidak mahu mereka berada dalam kerugian. Kerugian masa seperti apa yang berlaku kepada kita sekarang. Semua sebabnya kita sudah tua. Kita nampak apa yang mereka tidak dapat lihat dengan jelas.

Bila kita sudah tua, kita mahu orang lebih muda mudah mengharungi kehidupan. Kita beri nasihat dan jalan. Supaya mereka mudah bertatih dan berjalan. Jangan biarkan mereka seperti kita pada masa lalu. Merangkak dengan perlahan. Selangkah demi selangkah. Setapak demi setapak. Kita mahu mereka 100 meter demi 100 meter ke hadapan. Laju dan jangan perlahan. Kerana itu kita beri nasihat. Bukan kita mahu menyusahkan orang lebih muda.

Bila kita sudah tua, kita bukan mahu apa yang orang muda ada. Kita tidak mahu hasil mereka. Walau pun apa yang mereka dapat sebab ikut nasihat orang tua. Sebab kita sudah tua, tidak punya apa-apa tapi tetap bahagia. Usia kita semakin mendekati Pencipta. Hampir dekat, sentiasa dekat dan mungkin terlalu dekat. Sebab kita sudah tua. Tiada apa lagi ingin kita pinta melainkan kebahagiaan dan senyuman.

Bila kita sudah tua, kita akan lemah. Lemah pada tenaga, tidak mampu melakukan perkara yang kita suka buat pada waktu dahulu. Sebab kita sudah tua. Tidak sama seperti dahulu. Badan kita sudah banyak kali digunakan. Tulang sudah penat, otot mahu rehat. Tidak seperti orang muda. Cergas, cerdas dan sentiasa berwawasan tinggi. Kita bersyukur. Sebab kita masih ada orang muda.

Bila kita sudah tua, kita mahu semua seperti dahulu. Senyum, gembira, ketawa dan bahagia. Dahulu ada sekarang mungkin ada. Tetapi kita mahu ada juga semuanya. Tidak banyak tapi sikit tetap kita mahukan juga. Sebab kita sudah tua, tiada masa muda lagi. Kita akan pergi tetapi belum tentu bila. Bila-bila jika sudah sampai masanya. Orang muda jangan beri orang sudah tua gundah gulana. Mereka tidak banyak masa. Sebab kita sudah tua. Mereka sudah tua.

Bila kita sudah tua, kita rasa orang muda buang masa dengan masa mereka sebab kita sudah nampak semuanya. Kita sudah merasainya terlebih dahulu. Kita sudah tahu rasanya, hasilnya, nikmatnya. Baik dan buruk. Sebab itu jangan buang masa pada perkara yang orang sudah tua rasa sia-sia. Jangan buang masa orang muda. Kerana bila kita sudah tua, kita akan rindu dan sayang saat semasa kita muda.

Bila kita sudah tua, kita akan pergi buat selama-lamanya. Jadi dunia ini buat orang muda. Apa yang kita usahakan kita tinggalkan. Orang muda teruskan legasi orang sudah tua. Sebab kita sudah tua, kita bakal tiada. Yang tinggal hanya nama. Kita tetap akan jadi tua. Tiada ada orang akan sentiasa muda. Begitulah dunia, semakin hari semakin tua. Kebenaran kehidupan bila kita sudah tua. Tamat.

46 comments:

  1. Malangnya org muda jarang yg nk dgr cakap dan pandangan org tua, huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, mungkin segelintir je kot... ada juga orang muda yang masih mempunyai adab pekerti...

      Delete
  2. Sementara masih muda, gunakan masa sebaiknya. Agar tidak menyesal di usia tua. lagi parah, menyesal di akhirat. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ana, menyesal di akhirat tiada guna lagi...

      Delete
  3. Peringatan yang bagus.terima kasih

    Jemput baca ya :-)

    healthynconfident.blogspot.my/2014/11/tips-anak-genius-cara-islam.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sharifah, InsyaAllah kunjungan akan dibalas...

      Delete
  4. Orang tua banyak merasa garam daripada kita yang muda ni. Nasihat mereka sangat berguna untuk kehidupan kita kerana mereka dah melalui apa yg kita akan lalui. Dan mereka tau apa yg terbaik utk kita walaupun bukan dalam semua perkara. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sis Ana... boleh dengar tapi bukan semua perkara...

      Delete
  5. Saya baca sampai habis kot. Terasa sedih pulak macam baca amanat rasanya hehe. Thanks atas pesanan ni tuan, saudara, bro (dari dulu tak tahu nak bahasakan mana satu ni haha). Part yang nasihat tu kalau boleh yg muda dengarlah nasihat yg tua dan yg tua pula janganlah taknak dengar langsung pandangan orang muda. Hehe just my two cents.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panggil bro pun boleh Syed... betul tu Syed, mesti ada two way kan... sama-sama mendengar...

      Delete
  6. lom tua lagi, tapi sy dah rindu zaman kecik-kecik. apatah lagi bila dah tua nanti, lagilah akan rindu zaman dulu-dulu. kena hargai kehidupan muda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan, rasa nak balik semula zaman muda... eh macam dah tua sangat kan... hihi...

      Delete
  7. Wahai orang muda...ingatlah...tua itu bukan syarat pada kematian...masa yang ada....kudrat yang ada...MANFAATKAN sebaik-baiknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah PC, terima kasih peringatannya... setuju, usia bukan jaminan kematian...

      Delete
  8. Huhuhu dah tua dah. Terima kasih ingat-mengingati

    ReplyDelete
  9. Bila kita sudah tua, kena banyak2 bersyukur
    sebab ramai orang sekarang tak sempat tua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa... yang tu setuju pak cik, ramai sangat tak jumpa waktu tua kan...

      Delete
  10. Bukan sudah tua, baru sahaja dewasa pun saya cuba untuk menasihati adik adik remaja supaya tidak mengulangi kesilapan lalu saya...

    Saya sedih melihat orang tua yang sendiri dan kesepian, tak tahulah kenapa, nampak orang tua jalan sorang2 saya rasa sedih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu Mai, maknanya Mai ada ihsan dalam diri... satu sifat yang terpuji.. betul tu Mai, nasihat-menasihati tidak kira pada usia mana... nasihat selagi mampu...

      Delete
  11. Replies
    1. Betul tu Neeza... banyak juga orang muda mati sekarang ni kan...

      Delete
  12. Kita akan pergi, tetapi belum tentu bila.. Terkesan ke dalam hati setiap bait di atas :)

    ReplyDelete
  13. bila sebut soal tua terus teringat akan arwah ayah. "uwaaa rindunya kat ayah!" :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takziah buat sis, InsyaAllah semoga arwah berada dalam kalangan mukmin... Kita pasti merindui orang yang telah tiada di sisi...

      Delete
  14. Betul..bila tua kita ingat balik kesilapan yang kita buat masa muda..rasa nak patah balik betulkan semua..huhuhu..semoga pengakhiran hidup kita..baik-baik aja kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kita dapat balik masa lalu kan, mesti sejarah sudah berubah...

      Delete
  15. Bila kita semakin tua, semakin banyak yang kita tahu..
    Bila kita cuba membetulkan yang muda, tak selalunya diterima.. Namun kita tetap berusaha sebab kita semakin tua.. Kita merasa semakin prihatin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis, sebab kita dah lalui semua kan... sebab tu kita nak yang terbaik bagi orang muda...

      Delete
    2. Tapi kadang-kadang bila keperihatinan tidak dihargai.. Semoga yang muda mahu menerima teguran dan pandangan yang tua.. Tanpa yg tua, tiadalah yg muda..

      Delete
  16. Manfaatkan masa muda sebelum datang masa tua. Nasihat ini akan terasa bila kita sudah berusia paruh baya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu CCL, semakin kita tua kita akan berusaha untuk memperbaiki kesilapan lalu...

      Delete
  17. mati itu pasti. tak kira tua muda.
    walaupun takla tua sangat, kekadang rindu zaman kanak2. rasa nak ulang balik je masa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman kanak-kanak yang paling seronok kan... tak yah fikir apa-apa pun...

      Delete
  18. Bila baca entri nie, terasa diri nie dah semakin meningkat usia... Terima kasih kerana memberi ingatan pada yang muda yang telah meningkat usia... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.... muda yang telah meningkat usia.... hihi...

      Delete
  19. tak perlu tunggu tua untuk menasihati...

    ReplyDelete
  20. Salam perkenalan

    Nice sharing..terima kasih kerana mengingatkan.. Walau siapa pun yg menasihatkn kita, terimalah dgn hati yg terbuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan juga, betul tu Yaya, siapapun asalkan betul nasihat yang diberikan, kita kena terima...

      Delete
  21. Mase muda bnyk ikut ht. Klau ikut ht tu kesan elok smpai tua ok la. Ade jugak yg ikut hati tp kesannya buruk smpai hr tua.
    Time tu baru rase masa muda di sia siakan --'

    Sementara masih ade waktu, mari lah kita pilih jln yg trbaik ntuk kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu mek... Salah pilih jalan meranalah jawabnya...

      Delete