Cara servis kipas angin sendiri| Servis kipas angin? Bukan kipas angin yang dekat atas syiling tu tapi kipas angin berdiri, duduk, melekat kat dinding dan kipas angin seumpamanya. Harga kipas angin murah dan tidak mahal. Boleh dapat harga serendah RM50 sahaja. Namun kalau setiap 6 bulan perlu beli kipas angin, ianya akan menjadi pembelian sia-sia kan. Kenapa?
Cuti hujung minggu memang jadi kebiasaan saya melakukan servis kepada kipas angin di rumah saya. Baik kipas angin berdiri mahupun kipas angin syiling. Tapi untuk entri kali ini, saya akan tunjukkan cara servis kipas angin sendiri di rumah. Sebenarnya tidak susah tetapi perlu kerajinan untuk melakukan servis sendiri. Bukan baiki kipas angin tapi servis. Kalau baiki saya pun tidak pandai.
Kipas angin dan barang-barang elektrik yang lain, tidak perlu makan tetapi perlu dibelai. Belai bagaimana? Servis. Kipas angin di rumah saya telah saya beli pada tahun 2014 dan Alhamdulillah masih bertahan dengan baik sehingga hari ini. Jenama tidak penting bagi kipas angin. Cap Ayam Berjanggut, Cap Ikan Emas atau Cap Kucing Senyum pun bagus. Cumanya seperti yang saya cakap tadi, kalau tidak servis, kipas hanya mampu bertahan selama beberapa bulan sahaja.
Cara servis kipas angin yang saya buat tidaklah sukar. Pertama, perlu buka semua bahagian pada kipas angin. Jangan lupa tutup suis terlebih dahulu. Bila sudah tutup peluk kipas angin macam mana pun InsyaAllah selamat. Buka cover kipas, pusing tombol penyekat dan tanggalkan semuanya. Kemudian bersihkan atau cuci. Tombol penyekat kalau lama sangat tidak pernah buka memang akan ketat dan tidak boleh buka langsung. Jadi sesekali perlulah dibuka. Bersihkan semua kotoran yang ada. Habuk adalah masalah utama bagi kipas selain masalah elektronik, kipas patah dan sebagainya. Kenapa habuk perlu dibersihkan dengan kerap? Sebenarnya masalah utama penyebab pengguna terpaksa beli kipas baru adalah habuk yang melekat pada cover luar kipas, piring kipas dan besi karat, tidak licin serta terdapat banyak helaian rambut padanya. Andaian kereta 1000cc terpaksa membawa muatan 5 kali ganda daripada kemampuannya, lama-lama rosak juga. Habuk adalah gangguan pada kipas.
Selepas siap semua dibersihkan, pasang semula komponen bahagian-bahagian kipas yang telah dileraikan. Utamakan pada bahagian tombol penyekat. Mungkin nama berbeza. Asalkan fungsi sama. Kebiasaannya satu pusing ke kiri dan satu lagi pusing ke kanan. Paling mustahak semasa memusing, jangan salah lorong skru. Maksud saya biar betul-betul masuk pada laluan skrunya. Kalau salah masuk lama-kelamaan akan lose dan longgar. Kalau terasa lose sedikit, cuba selitkan kertas bersama supaya ketat sedikit. Kalau tidak ketat, takut tanggal semasa kipas berpusing.
Makin banyak habuk, makin cepat kipas rosak. Bila sudah rosak biasanya orang akan beli baru sebab harganya murah. Namun sebenarnya kalau proses servis dibuat pada setiap hujung minggu atau 2 minggu sekali, InsyaAllah kipas akan dapat bertahan lama. Barang lama kalau selalu servis, prestasinya masih tetap sama. Mengapa bayar lebih kalau dapat berjimat. Cara servis kipas angin ini saya kongsikan supaya anda boleh buat sendiri dirumah. Kalau rosak pada bahagian elektronik, beli sahaja yang baru kalau tidak pandai baiki sendiri. Semoga bermanfaat.
Wah.. Bgus ni.. Nblh mintasuami buatkannnt..
ReplyDeleteOk2 sis...
DeleteTips yang boleh diamalkan untuk dijadikan rutin mingguan. Saya setakat ni cuma cuci bilah kipas tu je la tiap minggu. Nak servis memang malas. Haha. Bersihkan bilah tu saya rajin buat sebab anak-anak mudah selesema bila terkena habuk.
ReplyDeleteBetul tu bro Shahrul, kipas angin ni selain menyejukkan, fungsi utamanya adalah kumpul habuk... hihi...
DeleteSama macam ayah ana bersihkan. Tp kipas skrg dah tak tahan lama. Cepat jer rosak.
ReplyDeleteSebab diaorang nak ada sale... kalau rosak selalu, banyaklah sale diaorang...
DeleteOh slalu cuci buang habuk je. X pnh isi myk. Tp lma dah x pki kipas ni. Semua bilik ada kipas siling
ReplyDeleteKipas syiling kalau banyak habuk, tak sejuk kan... apalagi panjat lah jawabnya... hihi...
DeletePC suka bab bersihkan kipas angin ni...dulu la...sekarang kalau balik kampung bila sempat..buat juga..sebab boleh main air dengan sabun masa basuh kipasnya tu..huhu..kalau bersih...anginnya kuat..lagi satu udaranya bersih.
ReplyDeleteWah mesti berjam basuh kipas ni... betul tu udaranya mesti, budak-budak tak cepat selsema...
DeleteOk entri ni mengingatkan CCL kipaa lama CCL yang segan nak memusing walaupun dh dibersihkan .on suis kena tunggu berapa minit baru dia pusing-pusing ..kadang tu kena biar lama baru nak pusing .so CCL beli kipas baru
ReplyDeleteKalau macam tu mungkin sebab ada benda membelit besi sebatang tu, biasanya rambut... kalau tak ok juga rasanya kapasitor kipas tu dah rosak...
DeleteHahhahaa... baca entry ini teringat kipas Mrs. A yang kat dapur sampai patah tengkuk tak dibelai jawabnya buang ajelah jual pada lori barang-barang lama/terpakai.
ReplyDeleteItulah kalau kat rumah Mrs. A memang dah tebal habuknya barulah dibersihkan.
Tu mesti kes dongak dan tundukkan dia selalu... hihi... sian dia... kalau selalu banyak habuk cepat rosak nanti...
DeleteSelalunya kipas nie hubby yang cucikan, katanya saya tak pandai cuci.. hihi
ReplyDeleteMesti dia tak nak susahkan sis... bagus lah...
Deleteperkara yg sm jg boleh apply kat kipas dinding ya?
ReplyDeleteYa Anies, kipas dinding pun sama juga...
DeleteThanks 4 sharing :)
ReplyDeleteWelcome Yien...
Deletetips yg bagus ni....berguna sungguh minyak singer tu kan
ReplyDeleteBetul sis, memang bagus sejak dulu lagi... sebab tu masih terjual sampai sekarang minyak ni kan...
Deletebagus tips ni.. boleh cuba..
ReplyDeleteTerima kasih Zeera, semoga bermanfaat...
Deletewah rajin.. selalu cuci habuk kat bilah kipas je lah .. huuu tu pun kalau rajin hiii
ReplyDeleteBoleh sesekali cuba operate kipas tu... tapi jangan sampai rosak ye... hehe...
DeleteSetuju dengan tuan Azlan "Barang lama kalau selalu servis, prestasinya masih tetap sama"
ReplyDeleteSuami saya pun suka ulang cakap perkara yang sama :)
"barang lama takde masalah cuma kita kena pandai jaga"
Selalunya yang gigih macam tuan ni mesti penyabar orangnya
huhu
Tak ada lah gigih sangat sis Husniey, cuma rasa panas bila kipas tu penuh habuk... hihi...
DeleteMai kalau cuci pun kat bilah kipas je, tak reti bukak2 nanti jadi tikus membaiki labu pulak,hahaha.
ReplyDeleteHahaha, saya faham Mai, mesti tak dapat pasang balik kan? Hihi...
Deletetak reti bersihkan kipas sebab tak guna kipas pun, hehehe
ReplyDeleteCik Haneeza guna apa? ekon ke?
DeleteDia guna ekon lah tu Dedaun... hihi...
DeleteOh rupanya kena tambah minyak. Patut pun kipas kat rumah saya tak kuat angin.
ReplyDeleteKalau ayah saya bersihkan kipas dia mesti pusing ketat2 tempat pembuka tu, bila ayah tak dah di rumah dan saya nak bersihkan, ketat sangat. Terpaksa bagi bersih kat luar2 je :D
Pernah juga saya jumpa kes macam tu, kadang-kadang kipas lama memang macam tu, sebab getah penyekat kipas tu dah cair... biasanya berlaku sebab penggunaan kipas yang terlalu lama, besi batang kipas jadi panas...
DeleteCara service kipas syiling diperlukan juga, hahaha
ReplyDeleteTangga diperlukan tu Ridz... hihi...
Deleteselalu buang habuk ja. bab servis ni kena tunggu adik balik cuti. dia yang rajin nak servis2 kipas ni. serah kat dia ja
ReplyDeleteHihi... kalau makin lama dia tak balik makin lama lah tak servis ya kan... hihi
Deletetu la. tapi, baru tadi my bapa request suh cuci kipas bilik dia 😂
DeleteHihi... bagus2... guna tips kat atas kan... hihi...
DeleteKipas angin rumah saye pun ritu baru je beli mahai gaklah. pastu tak function dah. sobs. btw tqq share boleh di apply ni
ReplyDeleteSedihkan.. tak pa lepas ni ok kan sebab boleh servis sendiri...
DeleteWahhh bagusnya. tapi kat rumah ada satu je kipas melekat kat dinding. walaupun jarang bersihkan tapi dari saya kecil lagi kipas tu elok je tahan hehe.
ReplyDeleteBagus tu Syed, barang lama kalau guna dengan elok memang boleh tahan lama...
Deleteyup, nad kalau nampak dah berhabuk, sruh husband bersihkan..
ReplyDeleteYela nanti nampak tak cantik kalau penuh habuk tu...
Deleteperkongsian yang bagus..
ReplyDeleteThanks Kak Shahida...
DeletePerkongsian yang baik ni Lan.. Leh cuba nanti untuk kipas yang lama tu.. Ada sebijik lam stor.. hiks.. TQ Lan..
ReplyDeleteHehehe... Boleh cuba mana tahu berfungsi lagi...
DeleteAa mek pun slalu servis kipas. Biasanya hujung minggu tiap 2minggu. Tp yg letak minyak tu tak. Just cuci jemur and pasang balik :) Rase angin yg dia pusing tu bersih je :)
ReplyDeleteYa Ayunie... memang segar je kalau lepas cuci tu..
Delete