Lelaki jujur, setia tidak perlu menunjuk| Segelintir lelaki berada dalam situasi dituduh melakukan kecurangan walhal mereka tidak melakukannya. Bukan semua lelaki jujur, setia tetapi jika pihak lelaki sudah melakukan yang terbaik untuk bersikap jujur dan setia, wanita haruslah bersyukur memiliki lelaki tersebut. Lelaki tidak jujur, setia? Memang ada tetapi ibarat pepatah melayu lama "tidak akan melayu hilang di dunia", oleh itu lelaki jujur dan setia tetap sentiasa ada. Jadi wanita jangan gusar berkenaan hal itu.
Ada lelaki jujur dan setia jarang menunjukkan bahawa dia lelaki pilihan terbaik idaman wanita. Sentiasa bersikap 'cool', fokus kepada kerjaya, dan tidak mengambil perhatian terhadap tarikan wanita lain. Ada juga lelaki, bersikap 'gila-gila' tetapi hatinya jujur dan setia pada yang satu. Manakala ada jenis lelaki baik luarannya, diam dan hebat sopan santunnya tetapi dalam diam-diam melakukan perbuatan curang. Bagaimana menguji kesetiaan lelaki?
Wanita beruntung jika memiliki lelaki yang jujur dan setia berbanding dengan banyak kisah kecurangan yang berlaku terhadap wanita lain. Oleh itu, usikan berlebihan disebabkan kegusaran wanita kadang kala sedikit merimaskan lelaki. Jadinya, jangan terlalu kerap mengusik berkaitan kejujuran dan kesetiaan lelaki. Nanti jadi doa mustajab pula.
Ciri-ciri lelaki jujur tidak sukar dikenalpasti. Tidak terlalu privasi dengan pasangan adalah salah satu ciri-ciri tersebut. Apa yang dia ada semua anda tahu, jadi mengapa merisaukan kesetiaan dan kejujurannya. Bagi pasangan suami isteri sangat mudah. Suami depan mata, isteri depan mata, boleh nampak sendiri apa yang lelaki kerjakan. Bagi pasangan bercinta, berjauhan pula tentunya kegusaran itu tetap ada. Lelaki bukan semua sama tetapi lelaki juga serupa. Naluri lelaki dan naluri perempuan lebih kurang sama. Kini nafsu juga hampir serupa. Keberangkalian itu tetap ada.
Lelaki jujur, setia amat diidamkan oleh wanita. Masih adakah lelaki jujur dan setia di dalam dunia ini? Soalan mencabar kewarasan minda bagi kaum wanita. Soalan cepu emas bagi lelaki. Jawapannya kadang kala sangat jujur dan setia sehingga wanita timbul ragu dengan perilakunya. Jujur, setia tidak perlu dimadahkan, seeloknya dibuktikan. Lelaki jujur, setia tidak perlu menunjuk kerana mata wanita sangat tajam berbanding pisau.
Kejujuran dan kesetiaan lelaki amat didambakan oleh wanita. Siapa mahu berkongsi? Tentu terlalu sukar untuk diduakan. Lelaki yang menjadi harapan pemimpin sebuah keluarga menjadi imam kepada banyak wanita sedangkan pada mulanya hanya anda seorang sahaja makmum yang sah. Tentu mengecewakan. Hal kecurangan lelaki terlalu banyak sehingga dapat dibukukan. Di mana-mana berlaku perkara yang sama bagai tiada noktah. Jarang benar wanita mampu menerima poligami dalam perkahwinannya tetapi tetap ada. Jika cara yang betul tanpa terlalu menyakitkan, maaf masih dapat diterima.
Lelaki jujur dan setia susah untuk dibuktikan kerana terlalu subjektif. Ibarat pemain catur, satu langkah bermakna seribu langkah. Jika lelaki curang tentu banyak akal dan bijak. Bijak menyusun langkah. Anda tanya A, dia jawab B, anda tanya C, dia jawab D. Namun lelaki jujur dan setia, anda tak perlu tanya soalan. Dia akan tunjuk semuanya melalui tingkah laku, tindakan dan amalannya. Dalam hatinya cuma ada anda seorang. Hidupnya fokus kepada perkara lain demi kepentingan anda. Tapi jangan curiga lagi dengannya cuma berhati-hati dengan dugaan yang mendatang. Lelaki jujur dan setia, adakah masih ada? Wallahualam.
Kesetiaan perempuan diuji ketika lelaki yang mereka sayang tiada apa-apa harta. Tetapi kesetiaan lelaki diuji ketika dia punyai segalanya.
ReplyDeleteYea, saya bersetuju dengan kata-kata CCL..
DeleteAda juga dengar kes sebegitu.... bila dah kaya lupa asal usul dengan siapa pernah bersusah payah kan...
DeleteIn Shaa Allah masih ada yang setia kalau akal ada hehehe maaf kalau kasar
ReplyDeletehttp://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/4-tips-elak-digelar-drama-queen.html
hehe... kalau nafsu melebihi akal tu yang jadi susahkan...
Deleteiya xkn pupus tpi susah sgt nak jmpa... lelaki di uji ketika kaya dan wanita d uji ketika miskin .. hope dapat llki y sntiasa jujur dalam berbicara..
ReplyDeletesalam singgah :)
InsyaAllah Unni... moga tercapai impian Unni tu, terima kasih menjenguk blog picisan ni...
Deletebetul lelaki jujur dan setia hampir pupus tapi masih ada.semoga suami MV tetap setia amin...semoga azlan pun sama ya
ReplyDeleteInsyaAllah MV, saya mengharapkan saya setia pada yang satu je hingga ke jannah...
DeleteSelagi ada wanita yang solehah selagi itu juga ada lelaki yang soleh..sebagaimana masih ada doa2 yang mendambakan bakal imam yang jujur dan setia selagi itu Allah menghidupkannya di dunia..cuma rezeki siapa memilikinya hanya DIA yang merencana..setiap psangan cuba sehabis baik perbaiki diri insyaAllah Allah hadiahkan pasangan yang baik juga..
ReplyDeleteBetul tu PC, Allah SWT sangat adil kan... kalau kita curang tapi berangan mahu lelaki yang setia memang mustahil nak dapatkan...
DeleteBetul, sangat annoyed dengan wanita yang meragui dan insecure dengan kesetiaan kita. Kalau tanya sekali dua tu fine la, kalau selalu sangat tak percaya tu rasa macam rimas pula.
ReplyDeleteHehe... betul tu Syed, memang merimaskan...
DeleteAda, tapi susah nk jumpa. Tidak ada salahnya poligami jika berlaku mengikut syariat. Yang amat menyakitkan bila ia brlaku dgn tipu daya.
ReplyDeleteSudah tentu Nor Azimah... bila melakukan dengan tipu daya, rasa diri tidak bermakna dalam hidup bersama pasangan...
DeleteIsu jujur nie, susah nak cakap.. Kadang tu ade je lelaki setia, tapi perempuan yang tak setia.. Semua terserah kat individu tu jugak sebenarnya.. hehe
ReplyDeleteYela kan... kalau berlaku sebelum perkahwinan tu rasanya ok lagi, kalau dah berkahwin, pasti menyakitkan...
DeleteKalau dah jumpa yang the right one, InsyaAllah rasa percaya tu akan ada sendiri. Tak perlu di ragui. =)
ReplyDeleteYe la kan... Allah SWT akan jodohkan kita dengan pilihan yang terbaik... sama ada pilihan benar-benar terbaik atau pengajaran terbaik... either one...
Deletebetul tu lelaki jujur, setia tak perlu menunjuk2 kepada umum tapi perlu buktikan kepada isteri..Wallahuallam
ReplyDeleteYa sis, jangan berlakon depan orang sahaja, tetapi belakang menyakitkan hati isteri kan...
DeleteMemang ada lelaki jujur, tapi susah dah nak jumpa..
ReplyDeleteMungkin Kak Sue, kena pandai cari sekarang ni...
Deleteada ja lelaki yg masih jujur sebenarnya, belum pupus lagi. cuma 1 dalam 100. susah dicari, susah dikenalpasti. tepuk dada tanya iman. ecewahhh 😉
ReplyDeleteHehehe... Nour, betul tu Nour, susah cari benda yang berharga sekarang ni kan... macam emas pula..
Deleteemas senang dicari, merata ada. tapi susah nak memiliki ��
Deletebetul tu. ada je lelaki camni walaupun hampir pupus
ReplyDeleteHehehe... nampaknya diambang kepupusan lah jenis setia ni... hihi
DeleteAhai susah ya nak cakap.. lelaki yang tak setia ada .wanita yang tak setia pun ada jugak .tapi inilah warna warni kehidupan penuh dengan penceritaan
ReplyDeleteSekarang ni dua-dua pun sudah main peranan tak setia.... kena hati-hati...
Deletelelaki jujur dan setia ni 1 in a million. Kalau dapata, jaga lah baik2.
ReplyDeleteLelaki macam ni payah nak detect, so pandai2 lah cari ye hehehe.. salah satunya orang yang sedang komen nih kihkihkih
hehehe... Alhamdulillah Amer... bagus jadi setia, value tinggi tu... hehe
DeletePart yg tidak terlalu privasi tu memang sha setuju..
ReplyDeleteBila tak begitu maknanya tiada apa yang perlu disorokkan dan disembunyikan..
Yela kan... perempuan ni penuh syak wasangka.. hihi... sebab terlalu sayangkan...
DeleteDalam hubungan, kejujuran tu memang penting.. bila ada yang disembunyi-sembunyk akibat nanti boleh menyebabkan pergaduhan.. tapi tak boleh juga terlalu percaya.. sesekali kena juga bertanya-tanya bukan tak percaya sekadar bertanya.. gitu.. hehehe..
DeleteSesekali bertanya tak pa kot... :-)
Deletemcm ayah saya...heheee
ReplyDeleteAlhamdulillah.... orang lama banyak setia pada yang satu...
Deletesaya setuju saya pun jujur orangnya...hahaha!!
ReplyDeleteentri terbaik!
Hehehe.... terbaik Mimpi Aria...
DeleteSokong part yang tidak terlalu privasi tu. Kalau dah jujur dan setia, tentu tak ada apa yang nak disorokkan drp pasangan. Kalau spesis curang tu, semua benda dirahsiakan mcm org asing pulak kan. Then dah kantoi menipu pun still tak sedar lagi. seronok tangkap org kuat menipu ni. hihihi
ReplyDeletehehehe.... bila dah kena tangkap, dengar je la dia goreng kan... hehe
DeleteLelaki ni semakin dijaga, semakin itulah terlepas dari genggaman. Pengalaman manis diingat, pengalaman pahit menjadi pengajaran berharga.
ReplyDeleteSebab itu sekarang saya memilih untuk berkawan sampai kahwin. Hihihi. InsyaAllah, kita memang kita punya, tetap kita punya.
wow, berkawan sampai kahwin... InsyaAllah, semoga dipermudahkan semua urusan Mai...
DeleteAlhamdulillah masih ada lelaki yang jujur dan setia.
ReplyDeleteTetapi ada jugak perempuan yang tak jujur dan setia.
Banyak kali dah berlaku tu Mrs.A...
DeleteLelaki jujur masi wujud, yang penting usaha dan doa.
ReplyDeleteBetul tu Nurulatika... Usaha dan tawakkal tu penting...
DeleteTak perlu menunjuk sgt yang diri tu setia/ jujur nanti orang menyampah pulak. Cukuplah tunjukkan dgn tingkah laku. Haha
ReplyDeletehehehe... dia sedang berusaha tu... hihi...
Deletemacam kata diri sendiri je tu? hehehe
ReplyDeleteHehe... tempias je kot, hihi.. tak la... dari cerita-cerita dan pemandangan umum...
DeleteLelaki setia tu ada.. Mungkin dalam 10 ada 5 :)
ReplyDeletewow, banyak juga tu nisbah 5 dalam 10... Alhamdulillah, masih ramai lagi...
Deletemcm tu juga dgn perempuan.
ReplyDeleteKan... yang penting jaga hati masing-masing...
DeleteLelaki jujur masih ada, belum pupus lagi..
ReplyDeleteWanita ni sangat fobia dengan kisah curang pasangan..
Apa yang penting, saling percaya dan jujur antara satu sama lain.
Setuju tu LZ, yang penting pupuk perasaan saling percaya dan jangan mudah terpedaya...
Deleteentahlah tak tahu sebab tak bercinta hahahaha
ReplyDeleteHehehe... kena cari yang setia tau, kalau tak dapat 100% dapat 95% setia pun ok juga... :-)
DeleteInsyaallah masih ada lelaki yang jujur dan setia.. Tp byk juga dengar cerita, nampak baik, jujur dan setia tapi akhirnya curang juga.. Tapi tak semua lelaki cenggitu kan..
ReplyDeleteDiam-diam ubi berisi tu... hehe
Deletepokok pangkalnya berpegang kepada agama, jgn lupa Allah. Nak menipu isteri, tak jujur mmg isteri tak tahu, tapi Allah tahu.
ReplyDeleteYela... tapi sense isteri kuat tau, anugerah daripada Allah SWT juga... :-)
DeleteBtol sgt tu lan ! Action speak louder. Tak yah acah acah sweet tp sbnrnya blakang duk mngorat pompuan lain. Lbh baik berperwatakan cool tk peduli drp menanam tebu di bibir.
ReplyDeleteLelaki memang same sbb nfsunya satu. Tp itu tidak membuktikan yg semua lelaki ingin memiliki lebih seorang wanita dlm hdupnya. Pokoknya lan, hati. Kalau hati kita tu tk bersih, jantina mane skalipun akn tetap berlaku curang.
Dugaan banyak sangat sekarang ni kan.... hihi
DeleteKejujuran perlu datang dahulu sebelum kesetiaan...
ReplyDeletePada pendapat saya lah, jika kita mendambakan pasangan yang jujur, kita perlu jujur dengan diri sendiri dan pencipta dahulu, secara tak langsung kita akan jujur dengan pasangan. Insyalah, pasangan kita nanti pun akan jujur.
Jujut tak semestianya setia, begitu juga setia tak semestinya jujur. Tapi selalu orang jujur akan setia.
Setuju tu, jujur memang sangat penting dalam perhubungan...
Delete