Hutan dan manusia bergabung: Kem Balak| Perjalanan ke Kapit diteruskan dengan memasuki kawasan hutan Sarawak bagi menyempurnakan objektif utama saya ke Bahagian Kapit, Sarawak. Sebenarnya Bahagian Kapit adalah bahagian terakhir Borneo (Sabah dan Sarawak) yang perlu diselesaikan selepas seluruh bahagian Sabah telah diselesaikan sebelum ini. Setelah selesai tugas di seluruh Bahagian Kapit, maka sempurnalah misi Isodose Mapping Project bagi seluruh Sabah dan Sarawak (Borneo). Projek kerjasama Kerajaan Negeri dan Persekutuan melalui LPTA, Nuklear Malaysia, MOSTI, UTM, Sarawak Forest dan saya berbangga menyumbang sesuatu ke arah kebaikkan penduduk di negeri Sarawak.
Selepas entri saya Perjalanan ke Kapit Sarawak: Unsung Places, pada entri ini, hutan dan manusia bergabung menceritakan apa yang berlaku semasa menjalankan tugas di Bahagian Kapit, Sarawak. Hutan, tentunya kawasan penuh kehijauan, dihiasi rimbunan pokok-pokok balak serta pemandangan bukit dan gunung yang terlalu indah ciptaanNya. Perjalanan kali ini dimulai dengan menaiki sampan berenjin merentasi sungai (Batang Rajang) yang sangat besar. Selepas itu barulah kami menaiki kenderaan pacuan empat roda. Jika anda lihat di Google Maps, Bahagian Kapit terletak bersebelahan dengan negara jiran kita, Kalimantan Indonesia. Tujuan perjalanan hari pertama adalah dari Bandar Kapit ke Long Unai, bersempadan dengan Kalimantan, telah mengambil masa kira-kira 13-14 jam disebabkan kami menghadapi masalah (2 tayar bocor) dalam masa 1 hari. Oleh itu, kami tidak sempat tiba ke Long Unai, di mana kawasan majoriti Kaum Penan dan Kaum Kenyah.

Hutan dan kami bergabung: Kem Balak, menyaksikan keindahan hutan dan pemandangan yang sunyi dari kesibukan kota. Menenangkan walau meletihkan badan juga. Maklumlah jalan raya adalah jalan balak, belok sana sini, naik bukit turun bukit dan dalam keadaan jalan tidak rata dan bermacam muka bumi. Namun saya tetap macam biasa jika dalam situasi perjalanan jauh, tidur adalah kemestian, sempat juga tidur sekejap-sekejap. Seperti yang saya jangka, tiada capaian bagi talian telefon bimbit dan internet buat masa ini di kebanyakkan kawasan. Maka saya terpaksa draf entri ini di Notes sahaja sebelum diselesaikan hari ini.
Sedikit informasi jika anda melalui kawasan jalan balak, lorong laluan adalah sentiasa berbeza berbanding lorong laluan di jalan raya biasa. Jika di jalan raya, anda perlu mengikut lorong sebelah kiri sahaja, tetapi di laluan jalan balak, anda perlu berada di lorong kanan, kiri dan tengah-tengah mengikut kesesuaian mengikut "Balak Law". Ikut keperluan dan sedikit panduan daripada Encik George Ak Tang, lori balak akan merapati bukit, mengambil laluan lorong ditepi bukit. Maksudnya semasa membelok, lori akan mengambil lorong di kawasan sebelahnya adalah bukit. Pesanan paling penting, lori balak tidak dapat berhenti secara tiba-tiba dan suka-suka. Secara logik mengapa jalan balak berbeza daripada jalan raya biasa, jika kayu balak terjatuh, maka kayu balak tidak akan terjatuh ke dalam gaung. Oleh itu anda perlu sentiasa berwaspada semasa mengambil selekoh dan sebagainya kerana jalan balak adalah mereka rajanya.
Esok (semasa entri ini ditulis), kami akan bergabung sekali lagi dengan hutan. Perjalanan ke Long Unai akan diteruskan dan tempat-tempat lain dalam hutan Bahagian Kapit. Terima kasih membaca sedikit perkongsian pengalaman saya semasa menjalankan kerja di Bahagian Kapit. Saya tidak sabar untuk menikmati air terjun (Wong Long Busang), Homestay RH Killau, Tunoh di rumah panjang dan banyak lagi pengalaman baru dalam hidup saya. Untuk hari ini, saya melihat sendiri warga pekerja di Kem Bina melapah babi hutan sebagai hidangan untuk dipanggang. Rezeki untuk mereka pada hari ini. Semoga jumpa lagi di entri akan datang. Terima kasih.
Info / Sewa Kenderaan Bahagian Kapit
Tourist Guide Kapit, Sarawak
Encik George Ak Tang
Call / Whatsapp: +6019-4599017
Info / Sewa Kenderaan Bahagian Kapit
Tourist Guide Kapit, Sarawak
Encik George Ak Tang
Call / Whatsapp: +6019-4599017
Pengalaman yang tak semua orang boleh dapat. Tahniah tuan 👍
ReplyDeleteTerima kasih Sis Ana... betul tu pengalaman berharga buat saya...
Deletepengalam berharga, susah nak dapat ni.
ReplyDeleteIQ kena ikut lah kalau nak dapat... gurau je... susah nak dapat sebab kawasan larangan... masuk hutan kena minta kebenaran pihak berkuasa dulu...
Deletejauh perjalanan luas permandangan
ReplyDeleteYe betul tu JM...
DeleteSemakin kita dekat dengan alam,,,semakin buat kita sedar betapa indahnya setiap inci ciptaan Allah SWT..
ReplyDeleteBetul tu PC...
Deletesyukur dapat memberi sumbangan yang terbaik kepada penduduk Sarawak :) Apapun pengalaman yang sangat berharga tu. Susah nak dapat pengalaman camni ;)
ReplyDeleteYa Nad, kalau nak buat sendiri perlu kos yang tinggi... lagipun jauh ke pendalaman...
DeleteBestnya dapat pengalaman macam nie.. :/
ReplyDeleteSangat best Flavnesz...
DeleteKalau Kak Sue rasanya tak sanggup kut keadaan macam tu.. tak cukup lasak.. huhuhu..
ReplyDeleteKena ada fizikal dan mental yang kuat juga kan... kalau tak, masuk 1 hari dah nak balik kan... hehe
DeleteAdventure sangat!
ReplyDeleteSeram pula nak drive kat jalan balak, kena skillful driver baru boleh ni.
Kena lebih berhati-hati sebab berlainan dari kebiasaan kita memandu...
Deletebestnya !!! lama tak masuk hutan nikmati keindahan alam.. hee~
ReplyDeleteBoleh cuba lah lain kali atie..
DeleteNama pun jalan balak, keutamaan untuk lori balak lah kan. Seronok dpt pengalaman berjalan di negeri orang. Sarawak je yg belum pernah Fiza jejakkan kaki.
ReplyDeleteMesti cuba jalan sini Hafiza.... Rugi tau tak datang sini... :-)
Deletefuh adventure tu tak tergambar. saya kurang berani bab ni
ReplyDeleteSaya pun takut gak sikit-sikit, terpaksa kerah je minda.. hihi
Deletejalan balak, lori balaklah rajanya ��
ReplyDeleteBetul tu Nour....
DeleteLama tak singgah kat blog tuan,, :) sungguh details setiap patah perkataan kat blog... alhamdulillah pengalaman paling berhargaaa ...
ReplyDeleteTerima kasih singgah, betul tu Sis Wani, memori indah...
Deletebestnya untunglah dapat pengalaman berharga ni hehe
ReplyDeleteSangat best Haneeza...
Deleteseronoknya dapat pengalaman macam ni..sangat2 bermakna
ReplyDeleteYa betul tu CikRenex...
Deletemenarikkkk..!! penuh cabaran. nice pengalaman ni
ReplyDeleteBoleh cuba nanti Zulhilmi...
Deletenice share..
ReplyDeleteThanks Pha Is...
Deletesaya juga tak sabar nak baca entri mengenai air terjun
ReplyDeleteInsyaAllah jika ada kelapangan Mieza...
DeletePerlu orang yang tahan lasak untuk bergabung dengan hutan ini huhuhu.
ReplyDeletePengalaman yang sangat menarik untuk dikongsi.
Ok la lasaknya, tapi tak selasak masuk komando lah...
Deletetahniah Tuan..pengalaman yg terbaik dan bukan semua org dapat mcm tu kan..
ReplyDeleteTerima kasih Sis....
Deleteberaninye.. kalau e'in memang takut laa masuk masuk hutan nie..
ReplyDeleteBoleh cuba dengan hutan yang kecil tu macam air terjun Desaru ke... Hehe
Delete"jalan balak adalah mereka rajanya"
ReplyDeleteselalu kat jalan raya, wlwpon lorry besar lagi menyeram kan, kadang2 rmai drivers kita terlebih berani (Sya pon x terkecuali sebenarnye). kdg2 bile kita rasa kita betul, kita taknak mengalah. tapi kat sana lain kan..
Kat sana (hutan balak) tepinya gaung dan kalau berlanggar confirm arwah.... huhu
DeletePart panggang wild boar tu yang macam.... Err... K. 😱😱😱
ReplyDeleteHehehe... saya tengok je....
DeleteSeronoknya dapat travel ke negeri orang.. bila lah nurrul dapat ke sana
ReplyDeleteKena cuba juga Nurrul... rugi tak travel....
Deletebestnya.. tapi tu la.. kat kawasan macam ni.. tenet mesti takde...
ReplyDeleteHehe... bab tenet tu memang confirm tak ada...
DeleteBestnya! berbakti pula pada org.Tahniah Pak cik.salute!
ReplyDeleteTerima kasih Mas_FVOME...
Deletefuhhh.. luas pengembaraan..
ReplyDeleteYa Zulhilmi...
DeleteDapat infor dari Kapit sarawak tuan..tq
ReplyDeleteSama-sama...
DeleteWah best jugak ni..dapat la satu pengalaman dalam hidup utk di kongsi kat ruangan blog..boleh juga kita2 ni baca .. Tq sharing en noor azlan..
ReplyDeleteHehe... Memang seronok sis... Sila membaca...
DeletePengalaman yang ohsem..
ReplyDeleteThanks sis...
DeleteTak semua orang mampu berada di situ Tuan kena kental jiwa & raga.. Satu pengalaman berharga..
ReplyDeleteYa, terima kasih LZ...
Delete