Tuesday, April 04, 2017

Hutan dan manusia bergabung: Kem Balak

Hutan dan manusia bergabung: Kem Balak| Perjalanan ke Kapit diteruskan dengan memasuki kawasan hutan Sarawak bagi menyempurnakan objektif utama saya ke Bahagian Kapit, Sarawak. Sebenarnya Bahagian Kapit adalah bahagian terakhir Borneo (Sabah dan Sarawak) yang perlu diselesaikan selepas seluruh bahagian Sabah telah diselesaikan sebelum ini. Setelah selesai tugas di seluruh Bahagian Kapit, maka sempurnalah misi Isodose Mapping Project bagi seluruh Sabah dan Sarawak (Borneo). Projek kerjasama Kerajaan Negeri dan Persekutuan melalui LPTA, Nuklear Malaysia, MOSTI, UTM, Sarawak Forest dan saya berbangga menyumbang sesuatu ke arah kebaikkan penduduk di negeri Sarawak.

Tourist Guide Kapit, Sarawak, Pemandu Pelancong Sarawak, Kereta Sewa Kapit

Selepas entri saya Perjalanan ke Kapit Sarawak: Unsung Places, pada entri ini, hutan dan manusia bergabung menceritakan apa yang berlaku semasa menjalankan tugas di Bahagian Kapit, Sarawak. Hutan, tentunya kawasan penuh kehijauan, dihiasi rimbunan pokok-pokok balak serta pemandangan bukit dan gunung yang terlalu indah ciptaanNya. Perjalanan kali ini dimulai dengan menaiki sampan berenjin merentasi sungai (Batang Rajang) yang sangat besar. Selepas itu barulah kami menaiki kenderaan pacuan empat roda. Jika anda lihat di Google Maps, Bahagian Kapit terletak bersebelahan dengan negara jiran kita, Kalimantan Indonesia. Tujuan perjalanan hari pertama adalah dari Bandar Kapit ke Long Unai, bersempadan dengan Kalimantan, telah mengambil masa kira-kira 13-14 jam disebabkan kami menghadapi masalah (2 tayar bocor) dalam masa 1 hari. Oleh itu, kami tidak sempat tiba ke Long Unai, di mana kawasan majoriti Kaum Penan dan Kaum Kenyah.

Kem Balak Sarawak, Kaum Penan, Kaum Kenyah, Kaum Iban, Orang Ulu Sarawak

Pengangkutan utama penduduk pendalaman Sarawak, Kapit TransportKami terpaksa menumpang teduh di Kem Bina, kem pekerja balak di kawasan Orang Ulu yang banyak didiami oleh Kaum Iban Malirai, Kayan Kenyah dan Penan. Sungguh bernasib baik juga kami diiringi Encik George Ak Tang, seorang Kaunselor Bahagian Kapit di Majlis Daerah Kapit yang menyediakan perkhidmatan kenderaan sewa 4WD bersama pemandu. Oleh kerana beliau sudah memahami selok belok hutan di Bahagian Kapit, jadi perjalanan kami menjadi mudah. Jika sesiapa berniat untuk menyewa kenderaan atau memerlukan bantuan Kapit Tourist Guide di Bahagian Kapit, boleh hubungi / Whatsapp beliau di talian 019-4599017. Untuk makluman, sukar mendapatkan kereta sewa dan teksi di sekitar Bahagian Kapit apatah lagi di kawasan pendalaman hutan.

Hutan dan kami bergabung: Kem Balak, menyaksikan keindahan hutan dan pemandangan yang sunyi dari kesibukan kota. Menenangkan walau meletihkan badan juga. Maklumlah jalan raya adalah jalan balak, belok sana sini, naik bukit turun bukit dan dalam keadaan jalan tidak rata dan bermacam muka bumi. Namun saya tetap macam biasa jika dalam situasi perjalanan jauh, tidur adalah kemestian, sempat juga tidur sekejap-sekejap. Seperti yang saya jangka, tiada capaian bagi talian telefon bimbit dan internet buat masa ini di kebanyakkan kawasan. Maka saya terpaksa draf entri ini di Notes sahaja sebelum diselesaikan hari ini.

Sedikit informasi jika anda melalui kawasan jalan balak, lorong laluan adalah sentiasa berbeza berbanding lorong laluan di jalan raya biasa. Jika di jalan raya, anda perlu mengikut lorong sebelah kiri sahaja, tetapi di laluan jalan balak, anda perlu berada di lorong kanan, kiri dan tengah-tengah mengikut kesesuaian mengikut "Balak Law". Ikut keperluan dan sedikit panduan daripada Encik George Ak Tang, lori balak akan merapati bukit, mengambil laluan lorong ditepi bukit. Maksudnya semasa membelok, lori akan mengambil lorong di kawasan sebelahnya adalah bukit. Pesanan paling penting, lori balak tidak dapat berhenti secara tiba-tiba dan suka-suka. Secara logik mengapa jalan balak berbeza daripada jalan raya biasa, jika kayu balak terjatuh, maka kayu balak tidak akan terjatuh ke dalam gaung. Oleh itu anda perlu sentiasa berwaspada semasa mengambil selekoh dan sebagainya kerana jalan balak adalah mereka rajanya.

Kem Bina, Kem Balak, Bina Camp, Melapah Babi, Panggang Babi

Esok (semasa entri ini ditulis), kami akan bergabung sekali lagi dengan hutan. Perjalanan ke Long Unai akan diteruskan dan tempat-tempat lain dalam hutan Bahagian Kapit. Terima kasih membaca sedikit perkongsian pengalaman saya semasa menjalankan kerja di Bahagian Kapit. Saya tidak sabar untuk menikmati air terjun (Wong Long Busang), Homestay RH Killau, Tunoh di rumah panjang dan banyak lagi pengalaman baru dalam hidup saya. Untuk hari ini, saya melihat sendiri warga pekerja di Kem Bina melapah babi hutan sebagai hidangan untuk dipanggang. Rezeki untuk mereka pada hari ini. Semoga jumpa lagi di entri akan datang. Terima kasih.

Info / Sewa Kenderaan Bahagian Kapit
Tourist Guide Kapit, Sarawak
Encik George Ak Tang
Call / Whatsapp: +6019-4599017

62 comments:

  1. Pengalaman yang tak semua orang boleh dapat. Tahniah tuan 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sis Ana... betul tu pengalaman berharga buat saya...

      Delete
  2. pengalam berharga, susah nak dapat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. IQ kena ikut lah kalau nak dapat... gurau je... susah nak dapat sebab kawasan larangan... masuk hutan kena minta kebenaran pihak berkuasa dulu...

      Delete
  3. jauh perjalanan luas permandangan

    ReplyDelete
  4. Semakin kita dekat dengan alam,,,semakin buat kita sedar betapa indahnya setiap inci ciptaan Allah SWT..

    ReplyDelete
  5. syukur dapat memberi sumbangan yang terbaik kepada penduduk Sarawak :) Apapun pengalaman yang sangat berharga tu. Susah nak dapat pengalaman camni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Nad, kalau nak buat sendiri perlu kos yang tinggi... lagipun jauh ke pendalaman...

      Delete
  6. Bestnya dapat pengalaman macam nie.. :/

    ReplyDelete
  7. Kalau Kak Sue rasanya tak sanggup kut keadaan macam tu.. tak cukup lasak.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ada fizikal dan mental yang kuat juga kan... kalau tak, masuk 1 hari dah nak balik kan... hehe

      Delete
  8. Adventure sangat!

    Seram pula nak drive kat jalan balak, kena skillful driver baru boleh ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena lebih berhati-hati sebab berlainan dari kebiasaan kita memandu...

      Delete
  9. bestnya !!! lama tak masuk hutan nikmati keindahan alam.. hee~

    ReplyDelete
  10. Nama pun jalan balak, keutamaan untuk lori balak lah kan. Seronok dpt pengalaman berjalan di negeri orang. Sarawak je yg belum pernah Fiza jejakkan kaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti cuba jalan sini Hafiza.... Rugi tau tak datang sini... :-)

      Delete
  11. fuh adventure tu tak tergambar. saya kurang berani bab ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun takut gak sikit-sikit, terpaksa kerah je minda.. hihi

      Delete
  12. jalan balak, lori balaklah rajanya ��

    ReplyDelete
  13. Lama tak singgah kat blog tuan,, :) sungguh details setiap patah perkataan kat blog... alhamdulillah pengalaman paling berhargaaa ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih singgah, betul tu Sis Wani, memori indah...

      Delete
  14. bestnya untunglah dapat pengalaman berharga ni hehe

    ReplyDelete
  15. seronoknya dapat pengalaman macam ni..sangat2 bermakna

    ReplyDelete
  16. menarikkkk..!! penuh cabaran. nice pengalaman ni

    ReplyDelete
  17. saya juga tak sabar nak baca entri mengenai air terjun

    ReplyDelete
  18. Perlu orang yang tahan lasak untuk bergabung dengan hutan ini huhuhu.

    Pengalaman yang sangat menarik untuk dikongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok la lasaknya, tapi tak selasak masuk komando lah...

      Delete
  19. tahniah Tuan..pengalaman yg terbaik dan bukan semua org dapat mcm tu kan..

    ReplyDelete
  20. beraninye.. kalau e'in memang takut laa masuk masuk hutan nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba dengan hutan yang kecil tu macam air terjun Desaru ke... Hehe

      Delete
  21. "jalan balak adalah mereka rajanya"

    selalu kat jalan raya, wlwpon lorry besar lagi menyeram kan, kadang2 rmai drivers kita terlebih berani (Sya pon x terkecuali sebenarnye). kdg2 bile kita rasa kita betul, kita taknak mengalah. tapi kat sana lain kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sana (hutan balak) tepinya gaung dan kalau berlanggar confirm arwah.... huhu

      Delete
  22. Part panggang wild boar tu yang macam.... Err... K. 😱😱😱

    ReplyDelete
  23. Seronoknya dapat travel ke negeri orang.. bila lah nurrul dapat ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba juga Nurrul... rugi tak travel....

      Delete
  24. bestnya.. tapi tu la.. kat kawasan macam ni.. tenet mesti takde...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... bab tenet tu memang confirm tak ada...

      Delete
  25. Bestnya! berbakti pula pada org.Tahniah Pak cik.salute!

    ReplyDelete
  26. Dapat infor dari Kapit sarawak tuan..tq

    ReplyDelete
  27. Wah best jugak ni..dapat la satu pengalaman dalam hidup utk di kongsi kat ruangan blog..boleh juga kita2 ni baca .. Tq sharing en noor azlan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Memang seronok sis... Sila membaca...

      Delete
  28. Tak semua orang mampu berada di situ Tuan kena kental jiwa & raga.. Satu pengalaman berharga..

    ReplyDelete