Kenapa anak bongsu lebih disayangi?| Saya bukan seorang anak bongsu tetapi anak sulung. Namun saya cuba mencari jawapan kenapa anak bongsu paling disayangi oleh kebanyakkan ibu bapa dan keluarga. Pendapat asas ini mengambil kira pandangan ramai dan bukan fakta yang sesuai untuk diambil secara bulat-bulat berkaitan kenyataan saya. Mungkin anda tidak bersetuju dengan entri saya, oleh itu saya sedia mendengar hujah anda di ruangan komen bagi entri ini.
Mengapa anak bongsu paling dikasihi, disayangi dan mendapat perhatian lebih berbanding yang lainnya? Anak bongsu adalah anak terakhir dalam sebuah keluarga. Tentu sekali yang paling muda dikalangan adik beradik. Walau pun sudah mencapai usia dewasa, bongsu tetap bongsu. Saya tidak merujuk perihal adik bongsu saya tetapi secara umumnya kepada anak-anak bongsu di seluruh dunia. Mukadimah saya.
Alasan pertama tentunya disebabkan paling muda dalam keluarga. Anak bongsu biasa dijadikan tempat usikan keluarga, dibuli penuh kasih sayang, dilindungi dengan ketatnya. Hal ini kerana adik beradik lain lebih berpengalaman dalam perjalanan hidup. Maka tentunya anak bongsu menjadi harapan terakhir produk sempurna kerana produksi akan ditutup sepenuhnya. Produk keluaran terakhir adalah produk yang telah menjalani pelbagai peringkat ujikaji melalui abang dan kakak yang lain. Makna kata jika sebelum ini berlaku kesilapan dalam mendidik abang dan kakak, maka seboleh-bolehnya kesilapan itu tidak diulangi semula ke atas anak bongsu.
Pendapat saya yang kedua adalah akibat peningkatan usia ibu bapa, sifat keibubapaan seorang ibu dan ayah semakin sebati dalam diri mereka. Setiap kelahiran adalah masa belajar banyak perkara baru bagi ibu bapa. Anak pertama boleh makan ikan sahaja, anak kedua boleh makan ayam sahaja. Begitulah seterusnya ibu bapa akan belajar mengenai setiap perilaku, kehendak, kecenderungan anak-anak mereka. Maka anak bongsu adalah anak terakhir bagi setiap ibu bapa yang sudah cukup matang dalam semua bab keibubapaan.
Apabila ibu bapa semakin meningkat usia, perasaan sensitivitinya akan semakin menebal. Naluri berkasih sayangnya semakin mendalam, sikap menyayanginya semakin terserlah. Maka tidak hairanlah anak bongsu semakin mendapat perhatian daripada ibu bapa memandangkan sifat semulajadi yang saya sebutkan tadi semakin membuak-buak dalam diri mereka. Namun kasih sayang yang mekar semakin berlebihan dalam diri ibu bapa mungkin tidak dapat dibalas sebaiknya oleh anak bongsu disebabkan anak bongsu sudah meningkat dewasa akan dialirkan kepada cucu-cucu pula. Oleh itu anda boleh mengerti mengapa cucu menjadi keutamaan atuk dan nenek berbanding diri anda sendiri jika berkunjung ke rumah ibu bapa.
Selain daripada anak bongsu biasanya mendapat kelebihan perlindungan ibu bapa, mereka juga sebenarnya mendapat tumpuan yang lebih daripada adik beradik yang lain. Waima segilintir anak bongsu tidak bersikap menghormati abang dan kakaknya sehingga sentiasa dimarahi, dinasihati dan sebagainya, namun sikap melindungi dan menjaga adik bongsu tetap dilaksanakan oleh adik beradik yang lain. Limpahan rezeki duit pada musim perayaan atau bantuan kewangan lain adalah salah satu petunjuk bahawa abang dan kakak lebih menyayangi adik bongsu dalam sebuah keluarga. Namun begitu, apabila adik bongsu sudah berumahtangga tentunya sukar untuk mendapatkan pendapatan sampingan daripada adik beradik yang lain.
Kenapa anak bongsu lebih disayangi ibubapa? Mungkin anda mempunyai alasan tersendiri untuk dikongsikan. Saya tidak meletakkan anak bongsu sahaja yang lebih disayangi dalam sebuah keluarga. Saya percaya kebanyakkan ibubapa memberikan perhatian yang sangat adil kepada setiap anak-anak mereka. Curahan kasih sayang yang saksama dalam sebuah keluarga adalah jasa yang sangat besar daripada seorang ibu dan bapa kepada anak-anaknya. Saya juga berpendapat, tiada anak istimewa dalam sebuah keluarga cuma anak bongsu ada banyak kelebihan yang tidak dipunyai oleh abang dan kakaknya. Wallahualam.
Setuji dengan ulasan2 tuan. Anak bongsu selalunya terlebih manja.
ReplyDeleteTapi anak sulung tetap no 1. Tempat bergantung harap dan rujukan, berdikari dan garang juga. Hehe
Hehe... kan, anak bongsu memang manja pun...
DeleteHehehe itu dah menjadi kebiasaan.. Anak bongsu disayangi lebih.. Kengkadang ada juga adik beradik akan dengki.. Tapi bagi lea, tak kesah pown sbb dia paling kecik.. Tak salah dimanja lebih.. Ekeke
ReplyDeleteYela, sebab dia paling kecik je, yang besar-besar nak cium dah lari... hehe
Delete"segilintir anak bongsu tidak bersikap menghormati abang dan kakaknya sehingga sentiasa dimarahi, dinasihati dan sebagainya, namun sikap melindungi dan menjaga adik bongsu tetap dilaksanakan oleh adik beradik yang lain," - ni paling setuju... hehehe..
ReplyDeleteKan, macam mana pun abang dan kakak tetap sayang adik bongsu....
Deleteuntung jadi anak bongsu. saya anak ketigaaaa.
ReplyDeleteHehehe... Betul tu untung.. tapi dah besar tak la untung sangat... hehe
Deleteyup, anak bongsu nampak lebih disayangi tapi sebenarnya ibu bapa syg semua anak2 mereka �� sy anak kedua, yg bongsu adalah lelaki & satu2nya lelaki. jd, kasih syg yg dibagi lain maciam sikit dr kami yg pompuan ��
ReplyDeleteHehehe... maka, untunglah jadi pompuan kan... hihi
Deletekedua-dua jantina ada keuntungan & keistimewaan yg tersendiri ��
DeleteBetul...
Deletesaya anak bongsu! Lalalala... haha.. manja tak reti nak di ubah walau dh tua bangka. masalah2
ReplyDeleteAmboi.....untunglah.... huhu
DeleteAdik bongsu saya perwatakan dia macam agak berdikari, tapi sebenarnya kakak dia ni tahu dia tu sebenarnya jenis yg perlukan orang di samping. Hahaha :P
ReplyDeleteHehehe... Kan, kakak dia perlu sentiasa menemani adik bongsu dia baru dia rasa selamat...
DeleteSetuju! Between, kita sama.. Saya pon anak sulong dari 9 beradik hehe
ReplyDeleteHehehe... wah 9 beradik, ramainya.... mesti happy keluarga ramai-ramai ni...
Deletebetul tu..mmg anak bongsu paling disayangi atau lebih dipeduli sebab no 2 sebab masa ni kita dah boleh adapt diri dan lebih bijak..hehe tapi bila usia kita semakin meningkat kita semakin boleh memahami..
ReplyDeleteYe kan, makin ibu bapa makin tua, makin terserlah sifat keibubapaannya yang sebenar...
DeleteRasanya dalam family saya yang number satu paling power dan macam lebih disayangi, hahaha.
ReplyDeleteApapun, saya team anak tengah. <3
Ooo no 1 memang sentiasa power dan disayangi... haha
DeleteTak juga.. adik saya yang bongsu tidak dimanjakan malah agak terabai.. tapi alhamdulillah dia belajar berdikari.. sebaliknya pula adik saya yang tengah menjadi kesayangan dan dimanjakan dan akhirnya tak pandai berdikari.. sehingga dah kahwin masih mengharap bantuan.. didikan memang memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadi seorang anak.. semoga kita semua yang punya anak dan bakal ada anak mengambil iktibar.. kasih sayang biarlah sama rata supaya anak membesar dengan sihat dan bagus..
ReplyDeleteBetul tu, ikhtibar adalah lebih baik dari menyesali... ambil cerita orang dan ambil pengajaran untuk memperbaiki diri sendiri...
DeleteKalau sekarang pakcik lebih sayang cucu daripada anak bongsu.
ReplyDeleteItu biasa pak cik, sekarang pun saya telah 'dianaktirikan' oleh ayah dan ibu saya disebabkan oleh anak-anak saya dan anak saudara saya... hihi
DeleteKebanyakkan ibu bapa dah kurang garang sbb umur meningkat. Anak bongsu mmg beruntung, kadang2 marah pun tak.
ReplyDeleteHihi... Untungkan jadi anak bongsu, sebab mak ayah dah malas nak tegur dah yang paling kecik...
DeleteSy anak bongsu dari dua orang adik beradik. jadi tak rasa sangat la bongsu tu. kadang2 rasa sy lagi berdikari dari kakak sebab dah terbiasa duduk asrama dari form 3. hehehe
ReplyDeleteKalau dua adik beradik memang tak beza jauh sangat... setuju, acuan di asrama yang buat lebih pandai berdikari...
DeleteMungkin antara sebabnya anak bongsu dilindungi oelh abang/kakak mereka dan jugak seperti dah menjadi suatu kebiasaan ibubapa selalu minta abang/kakak mereka yang beralah.
ReplyDeleteDulu Mrs. A ingatkan, Mrs. A lah yang bongsu tapi rupanya tidak ngeh!ngeh!ngeh! sebab dah umur 12 tahun (darjah 6) baru dapat adik.
Hahaha... Sempat lah merasa jadi bongsu kan... huhu
DeleteSaya anak bongsu! tapi takdalah manja sangat....kot. hahaha.
ReplyDeleteYe ke tak manja? Jeng... Jeng... Jeng...
DeleteSemua yang dkongsi make sense. yelah dorang pun paling lama stay dgn parents, jadi tak heranlah lebih manja kan :)
ReplyDeleteHihi... betul tu, maybe paling lama stay dengan parents... jadi kerinduan kepada abang dan kakak oleh ibu bapa dipenuhi dengan adanya bongsu...
DeleteBetul lan. Tkde beza ksh syg dlm kalangan anak anak. Semua sama :) Mek pun ank bongsu and perempuan sorang. Tkde la manja sbb kita diajar ntuk berdikari. Jgn brgntung dengan org lain :) Semua adik bradik mummy ajar cam tu :)
ReplyDeleteBagus acuan mummy ayunie tu...
DeleteBetul, tiada beza didikan antara anak bongsu dan anak sebelum-belumnya. Cuma kita sebagai yang tengah sahaja mungkin merasa mak ayah lagi sayang yang bongsu. Hakikat kita yang atas turut memanjakan yang bongsu. hehehe....
ReplyDeleteItulah kan, bongsu tetap dapat kelebihan...
Deletenice share.. selalunya memang macam tuh...
ReplyDeleteSama-sama Pha Is...
Deletebetul.. memang yang bonsgu selalu dapat perhatian lebih.. kadang2 kita jeles dibuatnya
ReplyDeleteHaha... Jeles ya... cakap ngan ayah, biasanya ayah tak bias...
DeleteSalam. Amer ada tag blog Noor Azlan dalam latest post amer. Jom baca https://ameridzuan.blogspot.my/2017/05/blue-sky-tag-22-shades-of-amer.html
ReplyDeleteBaru baca Amer... InsyaAllah saya akan singgah sana...
Deletekdg2 sbb anak bongsu yg mmg akan stay dkt rmh bilamana semua anak2 lain dah kluo blajaq ataupun keja. dari pengalaman sendiri nmpk keluarga terdekat semua mmg gitu.
ReplyDeleteYela kan.. sama juga dengan saya... sian anak bongsu tak dapat keluar... hihi
Deleteuntunglah sapa anak bongsu.. x macam anak sulong macam saya nih.. hahaha
ReplyDeleteSaya pun anak sulung... hihi...
DeleteAnak bongsu biasa kena kerah bila time Raya.. Cian.. Kakak abang biasa sibuk beraya rmh mertua & sanak-saudara keluarga masing-masing..
ReplyDeleteSebab abang dan kakak sesekali balik kampung kan... hehe...
Delete