Cara buat duit dengan merakam untuk youtube video| Sesuai untuk mereka yang suka mengabadikan kenangan seharian melalui rakaman video. Jika hobi merakam video ragam anak-anak, bukan sahaja meraih populariti melalui viral sahaja, sebenarnya anda mampu mendapat lebih daripada itu dengan manfaat pengiklanan Google Adsense.
Bakat dan masa bukan semua orang ada. Selain daripada itu, jika anda dianugerahkan memiliki pakej yang sempurna, ia wajar digilap sebaik mungkin agar menjadi aset penting supaya mampu menjana pendapatan sampingan. Boleh dikira anda mampu melakukan dua kerja dalam satu masa jika pengurusan anda sangat cemerlang. Bakat terpendam semulajadi dalam diri anda meliputi aspek yang sangat luas. Sifat kelakar, kreatif, berkemahiran adalah contoh bakat yang sangat berpotensi memperolehi pendapatan tanpa had bergantung sama ada ianya berlaku pada jalan yang baik atau tidak.
Pakej sempurna yang dimaksudkan adalah antaranya memiliki wajah komersial, personaliti diri yang menarik serta memiliki pengetahuan mendalam berkenaan banyak isu. Hal ini kerana jika anda mahu berjaya tanpa ilmu, maka banyaklah elemen mengambil kesempatan atas kejayaan yang telah dikecapi tetapi sebaliknya jika anda pandai mengatur perjalanan semasa meniti titian kemasyhuran, maka anda mampu bertahan lama dalam bidan yang diceburi. Masa adalah elemen yang sangat penting semasa proses membuat video, proses mengubah video atau proses-proses berkenaan dalam pembikinan sesuatu video. Walau bagaimanapun, kadangkala video spontan menghasilkan pendapatan lebih baik berbanding penghasilan berjam-jam lamanya.
Platform You Tube - Adsense
Salah faham berkaitan Adsense hanya untuk blogger sahaja tidak benar sama sekali. Adsense melalui Google adalah penyedia perkhidmatan pengiklanan bagi sesuatu produk dan blogger adalah medium iklan disampaikan kepada pasaran. Manakala kerjasama You Tube dan Adsense adalah salah satu daripada usaha sama seperti Syarikat - Adsense - Blogger. Justeru memahami gerak kerja usaha sama antara Syarikat - You Tube - Adsense - Anda, maka tugas anda hanyalah menghasilkan video (tertakluk terma hakcipta terpelihara) dan sebarkan kepada umum melalui platform You Tube sambil menikmati faedah daripadanya. Saat ini difahamkan banyak akaun Adsense You Tube telah digantung dan sebagainya kerana melanggar polisi hakcipta dan sebaiknya video yang anda hasilkan atau "upload" adalah asli milik anda sendiri.
Cara menjana pendapatan sampingan melalui You Tube - Adsense
Pertamanya anda seharusnya memiliki akaun email daripada Gmail. Mengapa Gmail? Hal ini kerana memudahkan proses selanjutnya selaras cadangan daripada Google iaitu "one account Gmail for all." Contoh email: master@gmail.com. Buat akaun baru jika anda tidak memiliki langsung akaun email Gmail.
Kemudian masuk "Login" You Tube menggunakan email tadi. Sekadar cadangan, proses pendaftaran You Tube haruslah dibuat menggunakan platform Google atau menggunakan komputer dan laptop sahaja. Elakkan pada peringkat ini mendaftar melalui You Tube yang dimuat turun daripada Google Play Store kerana agak sukar membuat kemaskini pada akaun You Tube anda.
Setelah selesai mendaftar masuk ke akaun You Tube, klik Creator Studio pada ikon akaun anda. Selepas itu anda akan melihat terdapat menu Channel. Klik Channel dan pilih Status and Features. Cari Monetization dan klik Enable. Secara ringkasnya Login>Creator Studio>Channel>Status and Features>Monetization>Enable.
Selepas itu, daftar Google Adsense menggunakan email yang sama semasa pendaftaran akaun You Tube tadi. Setelah mendaftar, Apply for Adsense for Video pada pautan My ads>Other Product.
Yang terakhir, pastikan akaun You Tube anda dilihat sebanyak 10000 kali (views) barulah pihak You Tube akan menilai permohonan anda sama ada diluluskan atau tidak. Lihat contoh Channel ini [Bila Lelaki Berbicara Channel]. (Jangan lupa jadi Subscriber)
Selepas itu, daftar Google Adsense menggunakan email yang sama semasa pendaftaran akaun You Tube tadi. Setelah mendaftar, Apply for Adsense for Video pada pautan My ads>Other Product.
Yang terakhir, pastikan akaun You Tube anda dilihat sebanyak 10000 kali (views) barulah pihak You Tube akan menilai permohonan anda sama ada diluluskan atau tidak. Lihat contoh Channel ini [Bila Lelaki Berbicara Channel]. (Jangan lupa jadi Subscriber)
Video, Tajuk, Kualiti, Hak Cipta
Akhirnya, penghasilan jumlah pendapatan daripada You Tube bergantung kepada elemen di atas. Cara penghasilan video, tajuk video yang mampu menarik pengunjung melihatnya, kualiti video yang dihasilkan dan paling penting pemilikan hak cipta kepada video tersebut. Masa ini, Adsense sedang mengemaskini pempamer iklan (pemilik akaun) setiap masa dan sangat sulit untuk mendapatkan kembali akaun yang melanggar polisi Google Adsense walau proses lulus Adsense mudah berjaya dengan kaedah dan tips lulus Adsense yang terbaik.
Bila berbakat salurkanlah pada yang sewajarnya agar manfaatnya bukan semata di dunia....malah untuk dituai di SANA kelak..insyaAllah.Amin.
ReplyDeleteYa benar Sis PC... InsyaAllah...
DeleteKawan GV ada beritahu kalu guna YouTube untuk Google Adsense mmg masyuk. GV pun teringin explore dunia you tube ni. Tapi GV nak kukuhkan diri dalam dunia blog dulu sebab GV masih kategori bayi dalam dunia blog. hihi. Good info Mr Noor Azlan. :D
ReplyDeleteYa betul tu GV, bergantung pada usaha dan kebijakkan kita, saya juga masih baru, dengan kemampuan yang ada, InsyaAllah akan cuba sehabis baik...
Deletehehehe adsense kat blog pun x lulus² lagik.. adehh... youtube x aktif sgt pulak.
ReplyDeleteSabar Sis Lea, InsyaAllah jika telah melakukan perubahan ikut apa yang Adsense nak, mesti boleh lulus...
DeletePernah ada account youtube satu ketika dulu. Tapi tak berapa aktif pun.
ReplyDeleteJom terjah entri CCL
http://cikcappuccinolatte.blogspot.com/2017/08/7-cara-menjawab-soalan-temuduga-dalam.html
Jika berminat boleh cuba lagi tu CCL..
Deletekalau ada bakat boleh sajakan, tapi saya ni akaun youtube pun takde, harap blog suam2 kuku tu sajalah hehehe
ReplyDeleteInsyaAllah boleh cuba sis... Mana tau rezeki... sama-sama boleh kita belajar...
DeleteNak jadi youtuber.. tapi ai pemalu.. so youtube tu dah usang macam tu je..
ReplyDeleteJangan tunjuk muka, tunjuk apa Aisya masak ke, buat kuih ke...
Deletesatu lagi saluran untuk menjana duit internet..
ReplyDeleteperkongsian menarik
saya ada akaun tetapi belum dikomersialkan..
Boleh cuba tu Mr Hanafi, tuan idea banyak. Mana tau boleh berjaya.
Deletedah lama dah tahu yg you tube pun boleh jana income dgn adsense ... insyaAllah dari semasa ke semasa nak belajar ... tq sudi sharing ilmu ..
ReplyDeleteWelcome sis, InsyaAllah kita maju sama-sama...
Deleteana adsense pun xlepas lagi. insyaALLAH soon. doakan ye :)
ReplyDeletesemoga terus berjaya tuan
InsyaAllah sis, dah nampak ada perubahan dalam blog sis... InsyaAllah akan diluluskan...
Deletebusyra xada akaun utube en lan. hehe. x tau nk letak apa dlm akaun tu. tp ni prkongsian yg bagus untuk sesiapa yg ada akaun utube.. adsense boleh jana pndapatn dri sgala media sosial
ReplyDeleteBusyra boleh letak video hasil2 business card yang Busyra buat....
DeleteI heard about penggunaan AdSense for Youtube but don't know how to insert the codes. Should have explore more!
ReplyDeletehttp://panphila.blogspot.my
Actually, automatik once kita set up di Ads Settingnya di You Tube...
DeleteVideo youtube adsense dah boleh jana income.
ReplyDeleteSetakat ini dah clame USD100.
Video saya berkaitan buat kek.
Terima kasih di atas perkongsian bro
.
Wow, hebat... nanti boleh minta tips ni...
Delete