Kumpulan Underground melayu popular satu masa lalu| Sebelum wujudnya secara melata kumpulan-kumpulan "underground" melayu yang terdapat di negara pada masa ini, sebenarnya budaya berkumpulan secara underground telah menjadi sinonim bagi sekumpulan remaja pada masa lalu. Sesekali terimbas kenangan zaman persekolahan, teringat pula berkenaan perkara ini.
Kumpulan "underground" bermaksud sejumlah manusia membudayakan imej tertentu, membentuk satu kumpulan tidak berdaftar seperti NGO yang sah, atas dasar minat dan kefahaman yang sama, mewujudkan kumpulan dengan niat tertentu. Kebersamaan mereka dalam satu kumpulan disimpulkan berobjektifkan kuasa, nama, pengaruh, perlindungan, penguasaan dan "trending" semasa.
Majoriti kumpulan "underground" dianggotai golongan remaja, budak sekolah malahan terdapat juga mereka yang lebih dewasa turut serta dalam "carta organisasi" kumpulan tersebut. Kemunculan kumpulan "underground" ini sangat mudah dikenalpasti memandangkan secara asasnya mereka sangat mahu dikenali warga setempat. Boleh dikatakan objektif utama kewujudan kumpulan seperti Skind Head bukan berorientasikan jenayah berbanding segelintir kumpulan "underground" yang terdapat pada masa ini. Jika jenayah menjadi "makanan" utamanya, ianya disebut kongsi gelap ataupun kumpulan mafia. Oleh sebab itu, kumpulan "underground" sangat tepat jika disifatkan lebih cenderung kepada pengaruh muzik, budaya cara hidup dan fahaman tertentu berbanding kumpulan kongsi gelap serta mafia.
A skinhead is a member of a subculture originating among working class youths in London, England in the 1960s that soon spread to other parts of the United Kingdom, with a second working class skinhead movement spreading worldwide in the 1980s. [1]
Pupusnya kumpulan "underground" di Malaysia bukan disebabkan tangkapan, hukuman atau terkait dengan kesalahan undang-undang di negara ini tetapi berpecah atas sebab membawa haluan masing-masing seperti menyambung pelajaran, berkahwin, tidak aktif dan yang seumpamanya.
Rooted in 1960s garage rock and other forms of what is now known as "proto-punk" music, punk rock bands rejected perceived excesses of mainstream 1970s rock. ... The following year saw punk rock spreading around the world, and it became a major cultural phenomenon in the United Kingdom. [2]
Tidak dinafikan mereka juga terlibat dalam kebanyakkan jenayah kecil jalanan seperti memeras ugut (wang) atau bergaduh tetapi jarang benar wang perlindungan dikutip seperti apa yang dilakukan oleh kumpulan kongsi gelap dan mafia kerana mereka tidak dilindungi oleh "orang besar" dalam organisasi mereka. Walau bagaimanapun, budaya berkumpulan ini jika tidak dikawal bakal memudaratkan dan menjurus kepada masalah gejala sosial yang mampu merosakkan sumber pembentukan sosio-budaya masyarakat negara maju.
In the 1970s, an underground urban movement known as "hip hop" began to develop in the South Bronx in New York City. It focused on emceeing (or MCing) over "breakbeats", house parties and neighbourhood block party events, held outdoors. ... On August 11, 1973 DJ Kool Herc was the DJ at his sister's back-to-school party. [3]
Antara jenis kumpulan "underground" popular melayu pada masa lalu adalah seperti Skin Head, Rock Kapak, Hip Hop, Metal, Punk dan banyak lagi yang rata-rata menjadikan elemen muzik, budaya cara hidup sebagai pengaruh utama kewujudan kumpulan "underground" tersebut. Segelintir daripada mereka yang menyertai kumpulan "underground" sebagaimana disebutkan tadi telah berjaya mengubah diri sendiri serta menjadi orang yang berjaya dan berguna kepada masyarakat serta kembali ke pangkal jalan. Wallahualam.
singgah pagi
ReplyDeleteTerima kasih bang Jamil..
Deleteteringat zaman sekolah...dulu punk dan skinhead ni menular juga..cuma irda xjoin lah
ReplyDelete..tengok budak skinhead ntah apa2..suar ketat..jaket kulit
.hahaha
.dulu kat cm bukan main ramai diornag ni.irda dulu tergolong budak underground cap ayam.yg kain labuh sapu lantai
.hihi...suka nau kain sekolah dilabuh2kan..sampai trkoyak2..ntah apa2 fikir balik.betul tu kdg2 ada yg berubah fikiran atau dah matang..berkahwin.dan bawa haluan masing2.semhuanya hilang mcm tu je kumpulan ni..ya mereka berbeza dr mafua n kongsi gelap..diornag ni suka lepak2 n layan2 muzik ntah apa2 bingit kepala
Underground cap ayam ke underground cap (topi) ayam? Hihi... Ye la kan, fesyen zaman underground... kenangan kan...
DeleteKat sekolah dulu setiap hari isnin...ada je pelajar lelaki yang kena gunting rambutnya...sebab mereka buat stail punk...huhuhu..
ReplyDeleteHihi... Hari Isnin hari menggunting rambut kan.. samalah kat sekolah dulu.... bila perhimpuanan...
DeleteSampai sekarang mai masih layan muzik rock kapak, hahaha.
ReplyDeleteRock Kapak sempoi...
Deletemasa sekolah2 yg biasa dengar ialah skin head & punk. tak ambik tahu pun apa kumpulan underground ni. haha
ReplyDeletePerempuan memang begitu.. hihi
DeleteAlamak.. seram pulak tgk rambut yg terpacak tu.. Adehh.. Kalau jumpe dekat bandar rasa nye lari jalan jauh2.. hehehe..
ReplyDeleteSekarang susah nak nampak tu.... sekarang ntah apa ntah.. Raver ke apa ntah...
Deletekekadang tengok gaya dorang nie, menakutkan pun ade jugak.. huhu
ReplyDeleteHihi... Seram kan... tapi ada juga baik hati tau...
Deletehee~ zaman sekolah menengah dulu pernah la join membe2 Punk.. adoi.. teruk btul gaya nya.. nasib tak terpengaruh lebih.. cuma kalau dalam Islam memntingkan ukhwah.. sama seperti mereka.. ukhwah mereka takkan kita jumpa kat komuniti lain..
ReplyDeleteWah Atie Punk... tak dapat bayangkan... ok la tu, kenangan zaman sekolah kan... sekarang ganas lagi tak? Hihi
DeleteGV mula kenal mengenai artis Underground Malaysia masa kumpulan OAG mula muncul dan popular pada tahun 1996. Lepas tu, baru kenal kumpulan Butterfingers, ACAB, FTG dan ramai lagi. GV ingat lagi soundtrack filem indie Dari Jemapoh ke Manchestee tahun 1998 adalah soundtrack lagu totally from indie band. Masuk era 2000an baru kump indie lain mula betul2x popular di arus perdana seperti Too Phat, Disagree, Ruffedge dan V.E. Dan satu-satunya artis wanita indie paling berjaya setakat ini ialah Yuna. Ada lagu awal Yuna berkonsepkan muzik rock alternative tapi kurang popular sebab peminat lebih sukakan lagu Dan Sebenarnya masa itu. hihi.
ReplyDeleteItulah peredaran zaman kan... semuanya akan berubah mengikut trend..
Deleteoo, itu maksud kumpulan underground.
ReplyDelete// afifahaddnan
Hampir juga maksudnya Afifah...
Delete