Blogger menjual diri untuk berjaya| Jangan ada yang memandang entri ini melalui pandangan negatif. Nanti saya rotan 2 kali. Sebenarnya beberapa hari lepas saya ada terbaca entri berkenaan menjual diri pada entri Atiehilmi.com. Entri berkenaan PLATFORM UNTUK BLOGGER DAPATKAN DUIT POKET MELALUI REVIEW. Pada saat ini pula saya hanya ingin menulis sesuatu tanpa perlu berfikir banyak memandangkan dalam masa yang sama sedang menunggu sampel darah dan air kencing saya selesai di analisis. Bukan sampel saya tetapi sampel yang dihantar kepada kami. Oleh itu, setelah selesai blogwalking blog rakan blogger yang lain, kini tiba saya pula menyiapkan satu entri pada hari ini.
Kenapa perlu menggunakan perkhidmatan blogger?
Menjual diri untuk berjaya dalam konteks seorang blogger adalah memasarkan diri sendiri kepada bakal pelanggan. Terma pelanggan pula adalah terdiri daripada pemilik produk kosmetik, produk-produk lain, penyedia perkhidmatan atau apa-apa jenis perniagaan sekalipun yang mahu menggunakan seorang blogger sebagai medium pemasaran produknya. Seorang blogger ibarat orang tengah yang menghubungkan antara penjual kepada pembeli dan pembeli kepada sesuatu produk. Medium pemasaran sedia ada yang lain seperti televisyen, poster, iklan tepi jalan yang besar mempunyai impak yang tersendiri. Begitu juga halnya medium blog. Terdapat beberapa kelebihan sekiranya pemilik produk mengupah seorang blogger bagi tujuan pemasaran produk mereka.
Kelebihan menggunakan blogger untuk pemasaran
Antara kelebihan yang jelas adalah memanfaatkan engagement sedia ada antara blogger dan followers. Pada setiap post yang dibuat oleh seorang blogger walau di manapun platform sosialnya, pastinya dapat dilihat oleh followers, rakan, keluarga dan stalker juga. Oleh sebab itu, jarang benar kita lihat seorang lifestyle blogger yang berjaya hanya menggunakan Fake Account sebagai medium cari makannya. Mustahil. Semuanya adalah profil aslinya melainkan blog-blog yang bukan bercirikan lifestyle blog. Oleh itu, seorang blogger tentunya ingin menyerlahkan auranya kepada orang awam bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau berlagak, tetapi ianya sebagai salah satu cara menarik perhatian syarikat perniagaan untuk berkerjasama dengannya. Kadang kala ianya berjalan secara semulajadi manakala ada juga yang memerlukan kerja keras untuk mencapainya. You try it, you earn it.
Kelebihan juga bagi syarikat perniagaan mengupah seorang blogger adalah kerana setiap entri yang telah disiarkan akan kekal selamanya di dalam enjin carian. Maksudnya setiap kali orang lain ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan sesuatu produk yang mungkin telah dilihat sekilas pandang sahaja, terdapat kemungkinan mereka akan mencari maklumat di dalam enjin carian seperti Google dan sebagainya. Berbanding jika syarikat perniagaan membayar iklan sekali siaran di televisyen, harganya mungkin lebih tinggi dan tidak bersifat kekal lama. Anda tahu berapa lama Traveloka menggunakan platform blogger sebagai medium pemasarannya sebelum mengiklankan produk mereka di kaca televisyen? Itu contohnya.
Selain daripada itu juga, tarikan yang ada pada seorang blogger juga akan membantu menarik perhatian pengikutnya untuk mencuba sesuatu yang telah dipromosikan. Ulasan menarik oleh seorang blogger juga kadang kala mampu mempengaruhi orang ramai untuk mengikut saranan seorang blogger terhadap produk, perkhidmatan, destinasi yang terbaik kerana mungkin telah dirasainya sendiri oleh blogger tersebut. Begitulah keberkesanaannya platform blogger kepada syarikat perniagaan.
Ingin mempromosikan produk atau perkhidmatan? Sila hubungi saya dengan klik pautan berikut: https://www.wasap.my/601115694528.
Banyak platform disediakan untuk para blogger menjana main or side income. Bergantung pada tahap kekreativiti masing2 dalam menjual diri mereka. Tepuk dada tanya sendiri orang kata.
ReplyDeleteBetul tu sis... ada peluang rebut je kan...
DeleteBloggers perlu ada identiti sendiri. Itu yang membuatkan pembaca seronok datang berkunjung. Memasarkan diri untuk product review adalah satu kelebihan tapi pastikan tidak tersasar dari matlamat sebenar blogging.. 😊
ReplyDeleteHihi... saya faham maksud sis...
Deletekalau produk untuk dipromote oleh blogger berbaloi. Carian untuk selamanya tersimpan. Kalau untuk tv ke, majalah ke, beribu keluar. itu pun ada had masa dan sebagainya kan..
ReplyDeleteYa kan, iklan kat tv mahal...
DeleteBlog sebagai perantara..blogger yang mengacuankan apa yang mahu dikongsikan..yang penting tulus,lurus dan telus kerana bila mempromosikan apa-apa pun ianya melibatkan banyak pihak.
ReplyDeleteBetul tu sis.. bergantung kepada kemahiran masing-masing...
DeleteGood sharing, suka Kak Sue baca entri nie.. :)
ReplyDeleteTerima kasih Kak Sue...
Deleteeh !! nama kite disitu.. hahaha~ jual diri !! jual diri !! tapi jangan berani buang harga.. ternganga nanti..
ReplyDeleteBagi kredit sebab ambil idea orang... haha...
Deletememang bagus guna blog ni, apatah lagi blogger dengan nama besar
ReplyDeleteSetuju sis.. sama-sama kita menuju ke nama besar...
Deletebagus sebenarnya guna platform blog ni
ReplyDeleteAgree... kekal lama dalam enjin carian....
DeleteSaspen juga kalau menjual diri..
ReplyDeleteSaya setuju sangat blogger pengiklan yang hebat..
Dengan mutu penulisan yang baik begini..
Saya akui berbaloi menggunakan perkhidmatan blogger bicara lelaki
Tak laku bro kalau nak jual diri betul-betul... hihi... InsyaAllah tuan Hanafi juga tidak kurang hebatnya...
Deletebagus idea menjual diri tu, memperkenalkan diri pada orang lain akan dapat menjana income dalam berblog. blogger dapat mengulas tentang sesuatu produk itu dengan lebih terperinci dan berkesan
ReplyDeleteYa sis.. nak jual diri tu kena bersaing dengan blogger lain secara sihat...
Deleteingat jual diri macam manalah tu..hehehe... betul tu..gunalah blogger untuk memasarkan produk..memang terbaik
ReplyDeleteHaha... kasi suspen sikit tajuk tu sekali-sekala...
DeletePerkongsian yang menarik.. Jual jangan tak jual.. hehehe
ReplyDeleteHahaha... tengah nak jual ni... hihi
Deletesangat bagus untuk marketing dalam jangka masa panjang :)
ReplyDeleteBetul tu sis... artikel bertahan lama selagi Google masih wujud...
Deleteentri bagus. tetiba sampai ke sini..
ReplyDeleteTerima kasih sampai sini...
Deletenice sharing.
ReplyDeleteuntil now, aida dpt few small offers je.
ari tu try to commit kan diri. tak dpt nak buat.
so, letgo. and pastu offers tak dtg da...
but rezeki Allah tu luas. nanti pasni ada la kot hi hi hi (harapan....).
Tak ada masalah, InsyaAllah ada rezeki nanti..
Delete