Fesyen rambut lelaki zaman dahulu| Trend gaya rambut lelaki terkini agak moden dan kreatif dengan seni ukiran di kepala. Tambahan lagi dengan penggunaan minyak rambut Pomade atau spray rambut lelaki menjadikan seorang lelaki kelihatan lebih bergaya, kemas dan tampan. Namun fesyen rambut lelaki dahulu sebenarnya tidak kurang hebat juga dan tetap kelihatan cool sesuai dengan peredaran masa.
Pada zaman dahulu, kedai gunting rambut lebih popular di kalangan lelaki berbanding kini salon kecantikan rambut sering menjadi pilihan golongan remaja dan dewasa. Mungkin keadaannya lebih selesa serta kemahiran tukang gunting rambut amat diperlukan untuk mendapatkan gaya rambut yang diidamkan. Sedikit informasi berkenaan rambut yang perlu anda tahu. Kadar kecepatan rambut tumbuh adalah sekitar 1.25 sentimeter sebulan iaitu bersamaan 15 sentimeter setahun. Dengan kata lain, untuk memastikan gaya rambut idaman kekal sentiasa, anda perlu lebih kerap mengunjungi salon kecantikan rambut pada setiap bulan.
Senarai dibawah ini adalah fesyen gaya rambut lelaki pada zaman dahulu yang masih lagi menjadi salah satu pilihan lelaki hensem. Gaya rambut ini mungkin menjadikan seorang lelaki mempunyai ciri-ciri lelaki idaman wanita pada masa ini.
- Rambut Belah Tengah - Rambut Belah Tengah sangat popular suatu masa lalu. Paling melucukan semasa ingin membahagikan kedua-dua belah rambut memerlukan fokus yang sangat tinggi supaya garisan lurus pada bahagian tengah rambut seperti pembaris.
- Rambut Berekor - Rambut pada bahagian atas agak pendek tetapi mempunyai sedikit berekor pada bahagian belakang rambut. Bagi pelajar sekolah, biasanya rambut ini digunting oleh cikgu dispilin selepas perhimpunan berakhir.
- Rambut Skinhead - Walhal tiada niat untuk mengikut jejak langkah ideologi Skinhead. Namun pada zaman kegemilangan Skinhead, remaja yang mengenakan rambut botak sangat kerap dikaitkan dengan kumpulan itu.
- Rambut Belah Tepi - Berbeza dengan Rambut Belah Tengah tadi yang terletak betul-betul di bahagian tengah kepala, satu garisan lurus di bahagian tepi kepala jelas kelihatan pada gaya ini. Dengan kata lain, pembahagian rambut tidak seimbang.
- Rambut Bros - Nampak segak dan berdisiplin. Gaya Rambut Bros juga popular pada masa lalu dengan lelaki yang memiliki rambut terpacak-pacak amat sesuai memotong rambut dengan gaya ini.
- Rambut Rockers - Menjimatkan pada wang belanja untuk memotong rambut tetapi memerlukan penjagaan rambut yang rapi. Menyimpan rambut panjang dengan memakai sepasang jeans lusuh, You're rock man!
- Rambut Budak Sekolah - Potongan rambut paling kemas. Pergi sahaja ke kedai gunting rambut dan katakan "Bang, saya nak gunting rambut gaya budak sekolah". Penggunting rambut amat maklum berkenaan peraturan sekolah sehingga kadang kala Side Bun juga dia potong sekali.
Rambut adalah mahkota wanita. Namun lelaki juga amat cerewet berkenaan gaya fesyen rambut mereka kerana potongan rambut akan menyerlahkan lagi penampilan seorang lelaki. Kamu lelaki, dahulu pernah buat fesyen gaya rambut apa?
Ai paling tak suka tengok lelaki rambut berekor.
ReplyDeleteNampak macam nakal kan? Hihi...
DeleteRambut budak sekolah relevant hingga sekarang haha
ReplyDeleteBetul tu mamapp, senang nak cakap kat tukang gunting rambut....
Deleteyg berekor tu bdk kecik pn kn tempias
ReplyDeleteHihi, anak saya dulu pun ada ekor.. sengaja saya bela...
DeleteSekarang dah macam-macam fesyen dan gaya rambut lelaki. Anak bujang sekarang ni tak nak gunting no 3,2 atau 1 lagi. Nak bergaya aja. Sabarjelah.
ReplyDeleteHihi, ikut trend kak, segan dengan kawan kalau rambut nak ikut trend..
DeleteAbe kie pi trim rambut guna mesin minta no 1 je. Crew cut org kata.
ReplyDeleteSama macam saya sekarang ni bang, mudah, jimat, berangin je...
Deletesekarang dah macam2 fesyen ada
ReplyDeleteBetul tu CCL... tak tahu cikgu benarkan or tak...
DeleteKalau citer tentang haircut, sis memang cerewet tau.. Gaya potong rambut husband dan anak pun sis komen.. Sis x suka diaorg potong ikut gaya ntahapa-apa, hehehe
ReplyDeleteHaha, yela, isteri dan ibu yang akan melihat hari-hari kan...
DeleteRambut bros tu ala ala rambut spikey kan Mr Noor Azlan. GV suka rambut pendek tapi pacak. hihi.
ReplyDeleteBetul tu GV, yang terpacak macam askar tu...
Deleterambut belah tengah :D teringat citer2 dulu salu depa jadi hero
ReplyDeleteHihi... nampak bergaya macam tomok dulu kan.. hihi
DeleteSelalu kalau belah tepi ni geng budak2 nerd. Hehe.
ReplyDeleteDulu budak laki suka sangat bela ekor. Sampai sekolah bila ada spot check, ramai yg kantoi. Sia2 kena potong masa tu juga. Hehe
Haha, memang nampak nerd sis, tapi wajib pakai minyak rambut agar kekal begitu sampai kelas habis... saya pernah juga kena potong ekor dan depan..
Deletesuka tengok lelaki berambut panjang hehehe tapi yang nampak lelaki lah bukan nampak macam perempuan, itu dulu2 lah dah tua ni tidak lagi
ReplyDeleteOh yeke, kalau lelaki tu guna Pantene dan lurus semacam je camne? Hihi
Deleterambut berekor tu memang popular juga dulu2
ReplyDeleteSaya pyn pernah gak buat sis... hihi
Deletemacam2 style dah sekarang..apapun tetap suka rambut kemas mudah nak urus..terima kasih ya ke laman Etuza
ReplyDeleteBila kita dah meningkat usia ni, kita mengambil pendekatan yang simple, simple kan... saya pun sama, botak lagi senang... banyak benda lain nak fokus... Sama-sama Etuza...
Deletewahh rupanya banyak jenis potongan rambut.. tak tahu sangat hii.. jadi baru tahu
ReplyDeleteBanyak sis... sekarang ni lagi banyak...
DeleteMemang teringat zmn dulu2. Suka lelaki dan artis rmbut m lah. Kemudian rmbut pacak jd trend.. Kenangan alam remaja dan kanak2 😊
ReplyDeleteDh folo google acc. Jmput folo support org usaha kmbalo blogging. Hihi
Betul tu sis, waktu dulu kita minat berdasarkan apa yang kita nampak dan suka... Sudah follow juga...
DeleteTdk berapa suka lelaki yang rambutnya belah tengah..lucu.
ReplyDeleteSaya pernah buat rambut tu dulu... tapi sayang banyak kelemumur pula kepala ni... hihi
Deletedulu pun dah macam2 gaya, sekarang lagi macam2 hihi
ReplyDeleteBetul tu sis... tengok je la rambut anak-anak bila dah besar nanti...
Deletepaling tak boleh lupe tomok yang dulu.. rambut belah tengah.. hihi
ReplyDeleteSampai kena cium dengan peminat kan... hihi
DeleteFasyen rambut saya tak ada dalm 7 list tuan.
ReplyDeleteSaya bila gunting je saya kata kat tukang gunting: kasi pendek.
Haha... Betul gak tu En Adam... pernah juga cakap macam tu kat tukang gunting rambut...
Deletemek tk tahu ler fesyen ap laki mek potong tp yang pasti kemas je la :)
ReplyDeleteHihi, betul lah tu Mek...
DeleteRemaja lelaki zaman dulu suka bela rambut panjang.
ReplyDeleteTukang gunting tk boleh cari makan.
Lagipun nak jimat duit belanja kan Pak Cik...
Deletehaha. rambut belah tngah win.. hehe
ReplyDeleteTrend tau masa zaman saya dulu... haha
Delete