HASRULHASSAN.COM: Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017| Segmen bloglist akhir tahun 2017 dianjurkan oleh bro Hasrul Hassan melalui blog beliau HASRULHASSAN.COM. Bro Hasrul Hassan adalah seorang blogger otai di Malaysia.Oleh itu, peluang menyertai Segmen Bloglist Akhir Tahun 2017 tidak mungkin saya lepaskan. Syarat-syarat yang diperlukan juga tidak sukar untuk dipenuhi seperti apa yang saya catatkan di bawah ini.
BILALELAKIBERBICARA.COM
Blog BILA LELAKI BERBICARA adalah blog pertama saya dalam dunia blogging. Pada asalnya ianya adalah blog diwujudkan hanya untuk suka-suka mengikut orang lain. Orang lain ada blog, saya juga berminat membuat blog. Semakin masa berlalu, kewujudan blog BILALELAKIBERBICARA.COM adalah bertujuan berkongsi ilmu sekerat yang ada melalui pengalaman, pembacaan atau kisah orang lain. Ianya diterjemahkan dalam bentuk teks untuk panduan dan manfaat kepada orang lain. Blog ini boleh dikatakan rojak yang menghimpunkan pelbagai "niche" dan tidak spesifik kepada satu topik sahaja. Secara keseluruhan ianya boleh digambarkan sebagai blog peribadi untuk berkongsi informasi berkaitan blogging, isu lelaki-perempuan, hubungan rumahtangga, panduan parenting, isu kerjaya, info kesihatan, review produk selain tips perniagaan.
Objektif blog saya telah berubah mengikut peredaran masa. Saya mahu menjadikan blog saya ini memberi inspirasi kepada orang ramai melalui entri-entri saya. Sesuatu yang boleh dimanfaatkan dalam urusan harian. Sesuatu yang boleh diambil ikhtibar dan pengajaran. Kesilapan yang telah saya lakukan dalam dunia, jangan pernah dilakukan oleh orang lain agar masyarakat yang wujud pada masa hadapan lebih berilmu, lebih berakhlak dan lebih berdaya saing hasil satu dua kata daripada entri-entri saya.
Harapan saya menyertai segmen bro Hasrul Hassan adalah untuk mendapatkan "connection" seluas mungkin dengan blogger-blogger yang ada di negara ini. Selain itu juga, saya juga mahu memperkenalkan blog saya melalui medium ini agar ianya lebih dikenali dan meningkatkan engagement antara blogger-blogger sedia ada dan baru seperti HASRULHASSAN.COM.
HASRULHASSAN.COM
Saya mengenali blog HASRULHASSAN.COM melalui perkongsian blogger dalam entri mereka. Seingat saya, saya ada terbaca berkenaan Top Blog dalam Malaysia. Kemudian melalui enjin carian, saya mengenali blog beliau. Terlalu banyak maklumat yang sangat berguna kepada saya sebagai seorang blogger. Bertepatan dengan usia beliau yang lebih tua daripada saya, saya menganggap entri-entri beliau sebagai nasihat seorang yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan kepada orang baru dalam dunia blogging seperti saya. Beliau layak dipanggil sifu.
Saya juga baru mengenali bro Hasrul Hassan di laman sosial Facebook. Saya menganggap beliau adalah "abang" yang mampu memberi nasihat dan panduan secara tidak langsung melalui post-post dalam Facebook beliau. Pesanan orang lebih tua biasanya sangat berguna kepada orang muda macam saya.
wow...HH buat segmen...harus join ni..all the best
ReplyDeleteOk.. sila join bersama...
Deleteslmt bersegmen ya
ReplyDeleteTerima kasih..
DeleteSELAMAT BERSEGMEN
ReplyDeleteTerima kasih sis...
DeleteSelamat bersegmen ya Bro NA..banyak ilmu yang boleh di praktikkan melalui blog Sifu HH sebenarnya.PC sendiri pun dapat banyak tips daripada blog sifu HH.
ReplyDeleteBetul tu sis... menjadi tempat rujukan kat sana kan...
Deleteselamat bersegmen,..dah join jugak..hihi
ReplyDeleteTerima kasih sis... good job...
DeleteGood luck!
ReplyDeleteTerima kasih Ai...
DeleteMacam nak join je ni. hihi. ayat akhir tahun tu buatkan diri rasa tua la pulak. btw good luck!
ReplyDeleteHahaha.... Tua ke? Hihi
DeleteGood luck!
ReplyDeleteTerima kasih ya..
Deletegud luck en lan!
ReplyDeleteTerima kasih Busyra...
Deletesaya suka objektif blog tuan sekarang. tuan nak jadikan blog tuan tempat inspirasi orang ramai. yes, something yang dimanfaatkan kami.
ReplyDeleteTerima kasih Adam....
DeleteKan lan. Time taip entry tu dlm ht cm mne la nk inspire org mlalui tulisan. InsyaAllah org dpt fhm dn mnjdi pedoman juga 🙂
ReplyDeleteBetul tu, kena banyak hati2 dalam menulis...
Deleteselamat bersegmen en azlan , bukan senang nak tengok en azlan join segmen ni .good luck
ReplyDeleteHaha... Bukan tak nak join CCL, kadang2 bila pakai phone semput sikit nak join segmen...
Deleteselamat bersegmen!
ReplyDeleteJob berbayar untuk blogger di sini http://www.maisarahsidi.com/2017/08/jom-jana-pendapatan-dalam-usd-dengan-Sushivid.html
Terima kasih Mai....
DeleteSelamat bersegmen tuan.
ReplyDeleteTuan HH memang salah seorang sifu dlm dunia blog. Beliau tak lokek ilmu. Selalu kongsi info dengan semua.
Terima kasih sis.. Betul tu sis, saya setuju..
DeleteSelamat bersegmen.
ReplyDeleteSemoga tersenarai :-)
Terima kasih sis... Amin...
DeleteAlhamdulillah, moga nanti tercapai impian. Berblog suka-suka pun kena juga bersungguh terutama apbila dah ada pembaca setia. Terima kasih kerana sudi baca blog saya, dan gelarkan saya sebagai sifu.
ReplyDeleteBlog sudah saya senaraikan dalam bloglist. Terima kasih sekali lagi.
Alhamdulillah rezeki... Terima kasih bro Hasrul Hassan. InsyaAllah terima kasih dengan nasihat abang...
DeleteJoin juga segmen ni :)
ReplyDeletewww.azhafizah.com/2017/10/segmen-bloglist-akhir-tahun-2017-hasrulhassan-com.html
Good Luck ya..
Deleteselamat bersegmen.. all the best NA
ReplyDeleteTerima kasih sis...
DeleteGood luck
ReplyDeleteTerima kasih Cik Ash...
DeleteSelamat bersegmen
ReplyDeletesemoga tersenrai.
Terima kasih Pak Cik...
DeleteTahniah bro kerana mempunyai visi dam misi dalam dunia blogging..
ReplyDeleteSaya Sendiri akui bukan mudah untuk menulis seperti bro..
Keep it blogging
Dah tersasul menulis begini.. jadi teruskan sahaja... mungkin ada hikmah... untuk manfaat bersama..hihi...
DeleteSemoga berjaya encik azlan..
ReplyDeleteTerima kasih sis...
Delete