Wednesday, December 26, 2018

MAJLIS PERTUBUHAN PERMATA AL-MAHABBAH PULAU PINANG

MAJLIS JUALAN MAKAN AMAL PERTUBUHAN PERMATA AL-MAHABBAH PULAU PINANG| Minggu lalu saya menerima email berkenaan bantuan promosi majlis seperti tajuk entri ini. Walaupun agak lewat saya memeriksa email memandangkan cuti lebih empat hari yang saya ambil, saya harap entri mampu membantu pihak pengurusan dalam mempromosi majlis amal seperti ini.

PERTUBUHAN PERMATA AL-MAHABBAH PULAU PINANG

Pertubuhan Permata Al-Mahabbah Pulau Pinang adalah sebuah pusat kebajikan dan pendidikan yang menaungi anak-anak yatim, fakir miskin dan asnaf zakat seramai 116 orang. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk untuk mengumpul dana bagi menampung keperluan persekolahan dan menambah-baik kemudahan yang sedia ada. Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : 30hb Disember 2018 
Masa : 11.00Pagi – 04.00 Petang 
Tempat : Rumah Jagaan Harapan Al Mahabbah, Changkat, Nibong Tebal, Penang.

Jika anda berkelapangan dan ingin menderma boleh menghubungi pihak pengurusan pertubuhan melalui En Wan Shahrun Wan Nasir (Tel: 018-6650541). Semoga kita semua dilimpahi rahmat dan diberkati. Mudah-mudahan. Amin.

Surat rasmi dan jualan adalah boleh dapatkan di link ini: Surat Jualan dan anda juga boleh mendapatkan Flyer berkenaan majlis tersebut di link ini: Flyer. Wallahualam.

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati dan sebagainya yang secara jelas menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - SKMM.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi.

Don't hesitate to contact me at azlan7783@gmail.com for any review, advertorial or anything else.
EmoticonEmoticon