Thursday, January 10, 2019

Bisnes Waffle Stik dan Waffle Bulat

Bisnes Waffle Stik dan Waffle Bulat| Alhamdulillah akhirnya perniagaan Waffle Stik (Waffle Stick) dan Waffle Bulat (Round Waffle) saya dan isteri telah berjaya direalisasikan secara kecil-kecilan di rumah. Waffle Stik dengan acuan Electric Waffle Stick Maker manakala Waffle Bulat menggunakan Electric Commercial Waffle Maker. Baru ingin bertapak sebagai peniaga makanan dan pada mulanya agak gugup dan kurang keyakinan diri. Alah tegal biasa, niat diteruskan sehingga hari ini.

Waffle Stick, Round Waffle, Resepi Waffle Crispy, Berniaga Waffle

Setiap perniagaan tentu ada kosnya yang berbeza bergantung kepada kebolehan untuk mengurus perniagaan. Namun bagi saya, saya ingin sempurna yang boleh, semua barang baru seperti perkakas bantuan yang lain supaya nampak bersih bagi menarik keyakinan pelanggan untuk membeli. Jika anda memiliki barang yang telah sedia ada di rumah, maka anda hanya perlu membeli Waffle Maker sahaja untuk menceburi perniagaan ini.

Waffle Stick, Round Waffle, Resepi Waffle Crispy, Berniaga Waffle

Bagaimana resepi membuat Waffle? Tidak sukar memandangkan jika anda membeli tepung siap waffle, terdapat resepi di bungkusan tepung. Jika anda mengikut aturannya selepas itu anda boleh terus membuat waffle.

Waffle Stick, Round Waffle, Resepi Waffle Crispy, Berniaga Waffle

Berapa harga mesin membuat Waffle? Bergantung kepada anda. Di mana anda membelinya. Jika anda pergi membeli di kedai biasa, kedai elektrik atau sebagainya, harganya pasti lebih mahal berbanding jika anda mengimportnya sendiri. Saya membeli mesin Waffle melalui Shoppe. Mudah dan agak murah jika mahu dibandingkan jika saya beli di kedai berhampiran.

Pada mulanya saya hanya berniaga di rumah sambil mengambil tempahan di pejabat. Alhamdulillah sambutan menggalakkan daripada teman-teman dan jiran tetangga. Sehingga kini, rezeki Allah SWT sentiasa ada. Namun percubaan kali pertama saya memasuki pasar malam agak mencabar dengan suasana baru dan pelanggan baru. Namun itu semua dugaan dalam perniagaan.

Waffle Stick, Round Waffle, Resepi Waffle Crispy, Berniaga Waffle

Kini, saya berjaya menyiapkan perabot untuk menjual waffle dengan kayu terpakai. Walaupun masih belum sempurna namun perniagaan berjalan dengan lancar. Berniaga di rumah ada kelebihan sendiri. Isteri dapat menguruskan rumah dan menjual sekali gus. Oleh itu, ini adalah idea bagi suri rumah yang mahu memulakan perniagaan. Mengapa tidak menjual burger? Sebab sudah terlalu banyak kedai burger di sekitar taman perumahan saya. Jadi saya cuba melainkan produk makanan di sekitar perumahan.

Waffle Stick, Round Waffle, Resepi Waffle Crispy, Berniaga Waffle

Harapan saya, agar pernigaan saya mampu menjana pendapatan tambahan bagi kami seisi keluarga. Dunia bukan tempat yang mudah. Jika kita berusaha, Allah SWT akan buka rezeki yang lebih luas. Yang penting bersyukur dengan setiap pemberianNya. Wallahualam.

Next
This Is The Current Newest Page

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati dan sebagainya yang secara jelas menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - SKMM.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi.

Don't hesitate to contact me at azlan7783@gmail.com for any review, advertorial or anything else.
EmoticonEmoticon