Saturday, August 31, 2019

Dimanakah kemerdekaan kita?

Agak lama juga saya tidak menulis sesuatu di sini. Ya, terlalu lama. Keadaan semasa memaksa saya meninggalkan seketika dunia blog. Mungkin ini adalah entri serba santai. Namun sebaliknya ambillah sedikit pengajaran jika ada.

Erti kemerdekaan, erti merdeka, maksud merdeka, jiwa merdeka

Di kala dunia sudah sampai penghujungnya, manusia semakin alpa dan lalai termasuk diri saya sendiri. Saat ke minit, minit ke jam, jam ke hari, hari ke bulan dan seterusnya ke tahun, manusia akan lupa, apa yang telah berlaku semalam. Dunia semakin sibuk. Selama 24 jam sehari kita semakin tersadai di jalanan mengejar waktu sedang waktu tetap akan berlalu. Rindu pada suasana gelap hutan. Bebas tanpa akta dan peraturan.

Apa ertinya merdeka? Pernahkah manusia fikir, sampai bila kita harus melaluinya. Jika emas di tangan kiri dan berlian di tangan kanan, tentu sahaja manusia akan bersenang lenang tanpa mendapat sakit kepala. Namun itu bukan pilihan. Takdir penentu segala-galanya. Rezeki kamu, kamu punya. Rezeki dia, dia punya. Sejak azali.

Jika manusia mampu memilih, tentu sahaja secawan kopi sentiasa berhidang sambil mata membaca sesuatu. Melihat dunia dengan hati yang redup tanpa perlu mengikut aturan dunia. Tapi kadang terlihat dunia tidak adil. Yang cepat terus berjaya, yang lemah semakin terduduk. Tiada toleh ke belakang lagi. Entah siapa berlari bersama tiada siapa yang peduli. Engkau, engkau, aku dan aku. Sampai bila. Adakah itu maksud merdeka?

Jika manusia dapat melihat, kehancuran telah lama bermula. Fitnah semakin dekat. Yang baik belum pasti dilihat baik, yang jahat adalah biasa. Nilai manusia kini bergantung pada nilai bukan pada adabnya. Nyawa juga umpama daun di tepi jalan. Dipetik lalu dilempar. Tiada harga. Ianya perkara biasa. 

Manusia boleh bercakap tentang sesuatu. Tetapi tidak semestinya benar. Jadi di mana perginya ucapan para wali. Tidak pasti. Di sana mereka berkata-kata dengan niat, maka hasilnya hanya untuk kepentingan diri sendiri. Siapa pantas dia berjaya. Mereka yang tertinggal adalah mereka yang perlahan. Lalu ditinggalkan. Tiada berpegang tangan. Hanya taqwa, hanya taqwa, buat mereka kekal di situ. Dimanakah kemerdekaan kita? Wallahualam.

Next
This Is The Current Newest Page

Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati dan sebagainya yang secara jelas menyalahi Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] - SKMM.

Secebis mutiara kata adalah cermin diri, seribu bahasa lambang peribadi.

Don't hesitate to contact me at azlan7783@gmail.com for any review, advertorial or anything else.
EmoticonEmoticon