Tuesday, October 26, 2021

Bagaimana menjadi rider GRAB-Foodpanda

Bagaimana menjadi rider GRAB-Foodpanda| Niat asal adalah untuk mencari pendapatan tambahan. Tidak sangka pula, sudah hampir 8 bulan saya menjadi rakan penghantar. 2 bulan sebagai rakan penghantar Foodpanda dan 6 bulan sebagai rakan penghantar Grab. Apa beza kedua-duanya? Nanti saya ceritakan InsyaAllah. Mohon jadi rider Foodpanda/Grab tidak sukar, yang penting melalui saluran dan cukup dokumen yang diperlukan. Mahu tanya gaji rider Grab? Gaji Rider Foodpanda?


Bagaimana jadi rider GRAB, mohon rider Grab, rider Grab Bagaimana menjadi rider Foodpanda, Mohon jadi rider Foodpanda, rider Foodpanda
 
Bermula bulan 2 tahun 2021, saya sah menjadi rider Foodpanda. Walau bagaimanapun, permohonan menjadi rider Grab terlebih dahulu saya buat. Namun secara umumnya, proses kelulusan Grab agak lama berbanding proses kelulusan Foodpanda. Oleh itu, saya bergerak mana yang ada terlebih dahulu.

Saya tidak meletakkan sasaran yang tinggi memandangkan saya jadi rider Grab/Foodpanda secara sambilan sahaja. Asalkan dapat tampung mana yang kurang, Alhamdulillah rezeki buat keluarga. Selepas waktu bekerja di Jabatan Kimia Malaysia berakhir, tukar uniform terus gerak.

Sistem asas bekerja rider Foodpanda

Sebelum bekerja perlu ada jadual mengikut kawasan yang kita mahu. Saya perlu ambil jadual yang disediakan pada hari-hari tertentu. Bila sudah ada jadual, sebelum jam bermula, saya perlu berada di kawasan clock-in (istilah punch card). Seeloknya 15 minit awal, saya sudah berada di kawasan clock-in. Sebab itu jika anda lihat mereka berkumpul di satu-satu kawasan bukan mereka tiada job (kerja). Mungkin shift belum bermula.

Setelah selesai urusan clock-in, bergerak ke kawasan-kawasan hotspot (titik merah), kawasan (kedai) yang order sedang berlaku. Kadang-kadang juga tidak perlu terlalu hampir dengan kedai sudah masuk order. Apabila order sudah masuk, terus menuju ke kedai yang terpapar di skrin telefon dan menunggu pesanan disiapkan. Setelah pesanan disiapkan, terus hantar kepada pelanggan dan delivered order. Selesai satu kerja dan begitulah seterusnya.

Sistem asas bekerja rider Grab

Sistem bekerja rider Grab agak berbeza berbanding Foodpanda. Anda boleh bergerak tanpa jadual atau bergerak menggunakan jadual yang disediakan. Tanpa jadual, bermakna kawasan penghantaran anda lebih luas (lebih jauh). Dengan jadual, jarak ambil-penghantaran hanya di dalam kawasan yang ditetapkan sahaja. Semakin jauh, semakin besar bayarannya. Bezanya dengan Foodpanda, liputan (coverage) Grab lebih luas.

Dengan jadual, saya perlu berada di dalam kawasan yang telah saya pilih untuk mendapat job. Jika saya keluar daripada kawasan yang telah saya pilih, saya tidak akan dapat job. Malahan mungkin tidak layak untuk mengambil jadual pada masa akan datang kerana tidak melengkapkan jadual yang telah saya ambil.

Pendapatan rider Foodpanda/Grab

Keduanya-duanya tidak banyak beza, ada kawasan Foodpanda order deras (merujuk job banyak), ada kawasan Grab order deras. Jika saya rajin, semakin banyaklah pendapatan saya. Oleh sebab saya buat secara sambilan, saya boleh katakan bahawa pendapatan saya antara kadar RM400-RM600 seminggu bagi kawasan Kuching Sarawak bergantung sebanyak mana saya bekerja.

Masalah asas ketika bekerja sebagai rider penghantar makanan
  1. Cuaca - Jika terlalu lebat berserta petir/guruh agak berbahaya untuk bergerak di atas jalan raya.
  2. Kedai - Ada masanya memang lama menunggu sebab kedai tersebut mendapat order yang banyak.
  3. Pelanggan - Ada isu prank order, pelanggan tidak muncul dan dihubungi setelah rider sampai.
  4. Diri sendiri - Letih, mengantuk, badan sakit-sakit dan hilang fokus semasa memandu.

Asas pertimbangan sebelum menjadi rakan penghantar makanan
  1. Kenderaan - Motorsikal adalah nadi utama. Rosak motorsikal, maka cutilah dari bekerja. Jika terlampau kejar order sehingga lupa kemampuan kenderaan, risiko motorsikal rosak memang tinggi. Seeloknya jangan culas untuk servis kenderaan.
  2. Kelengkapan - Baju hujan, phone holder, ear phone dan power bank adalah penting sebagai rakan penghantar. Semua ini akan melancarkan urusan semasa menghantar pesanan.
  3. Sabar - Sifat yang paling penting sebagai rakan penghantar. Ada juga tidak sabar, suka menekan kedai (vendor), marah pelanggan dan memandu dalam keadaan marah. Ini semua pasti berlaku. Sifat marah yang tidak dapat dibendung akan menjurus perkara lain boleh berlaku.
  4. Rezeki - Percaya dengan rezeki jika order deras (banyak), order sendu (kurang) dan sebagainya. Jangan meminta-minta tips daripada pelanggan kerana akan membuatkan anda nampak jelek.

Menjadi rakan penghantar Grab atau Foodpanda
adalah pilihan masing-masing. Jika tidak sesuai dengan kamu, maka eloklah memilih kerja yang sesuai. Ada orang kena dengan jiwanya, ada orang tidak. Ini adalah pilihan. Setiap pekerjaan ada cabarannya. Jika orang bertanya kepada saya, saya katakan kepada mereka, saya pekerja sambilan, mencari pendapatan tambahan pada masa terluang untuk isteri, anak-anak saya dan saya akan berusaha mencapai sasaran pendapatan saya. Pada masa ini, saya kekal bergerak sebagai rakan penghantar Grab.Wallahualam.

Next
This Is The Current Newest Page